Wow! Pencarian Dewi Remaja diteruskan untuk mencari siapakah gadis bertuah dan selayaknya yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019.
Selepas 4 hari berlangsungnya misi pencarian menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan, pihak Remaja nampaknya sudah mendedahkan 20 finalis yang telah berjaya disenarai pendek.
Menerusi penyertaan yang diterima, 20 figura terpilih itu pastinya telah berjaya melalui semua peringkat uji bakat selain menawan hati juri.
Ads
Pengumuman barisan finalis awal itu dikongsikan menerusi Instagram, @majalahremaja pada Khamis.
Ads
Apapun, jangan lupa untuk mengikuti pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2019 tidak lama lagi. Siapakah yang berjaya mara?
Seperti yang sedia maklum, Idris Khan kini sedang menjalin hubungan percintaan bersama gadis kelahiran Morocco, Sanna Jaffer.
Terbaru, hero drama Tuan Daniel ini ada berkongsi sekeping foto dirinya yang mengenakan kemeja warna putih di akaun Instagram sambil membuka apa sahaja soalan dari peminat.
“Sempena public holiday ni ruang komen dibuka untuk sebarang soalan atau pertanyaan. So ask away!,” tulisnya.
Kehilangan orang tersayang pastinya memberi seribu satu memori yang tak kan pernah padam.
Mungkin itulah yang dilalui penyanyi, Asmidar yang pernah berdepan situasi kekasih telah pergi dijemput Illahi kira-kira 7 tahun lalu.
Meski reda dengan ketentuanNya, namun tidak dinafikan situasi yang diterima bukan suatu yang mudah, lebih-lebih lagi ketika dirinya sedang dalam proses untuk melancarkan album pertama.
“Kadang-kadang, saya ada rasa rindu dekat arwah, akan tetapi saya sudah reda atas pemergiaannya.
“Saya mengenali Allahyarham kira-kira tujuh tahun sebelum dia meninggal dunia dan kalau diikutkan, sudah 14 tahun ia berlalu.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun itu juga mengakui dirinya masih sendiri, belum bertemu pengganti.
“Sejujurnya saya masih lagi solo sehingga ke hari ini dan belum bertemu jodoh.
Bukan memilih tapi masih belum berjumpa lagi dengan orang betul-betul serasi.
“Saya ada juga cuba berkenalan dengan lelaki lain sebelum ini, cuma ia hanya dalam fasa berkawan saja, belum ada yang sesuai.
“Apa yang boleh saya kongsi, selepas kehilangan arwah, boleh dikatakan saya agak cerewet bila berkongsi bab pasangan.
Berkenalan dengan arwah boleh dikatakan sebagai cinta pertama dan kami ketika itu belajar banyak benda mengenai perhubungan.
“Apapun, saya sedia maklum bahawa tiada manusia yang sempurna. Kalau ada jodoh, adalah insyaAllah,” katanya lagi.
Terdahulu, arwah kekasih Asmidar yang dikenali sebagai Izzat Amin meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya pada akhir tahun 2012.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Simpan Sedikit Rindu ini ditemui MH ketika majlis sidang media Malam Kemala Irama 2.0, baru-baru ini.
Malam Kemala Irama 2.0 merupakan sebuah persembahan kompilasi lagu-lagu tradisional Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Asmidar bakal turut serta membuat persembahan di Malam Kemala 2.0 dan bakal menyanyikan dua buah lagu balada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditukarkan kepada irama tradisional Melayu.
Persembahan Malam Kemala Irama 2.0 ini telah dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), ASWARA dan bakal menemui penonton pada 20 & 21 September 2019 di Panggung Eksperimen, ASWARA, Kuala Lumpur.
Tiket persembahan boleh didapati di laman sesawang www.aswara.edu.my dengan harga RM 30 di bahagian tengah dan RM 20 di bahagian kiri dan kanan.
Pengalaman menjadi ibu buat pertama kali cukup bermakna bagi bekas penyanyi, Tasha Manshahar.
Mengabadi setiap detik perkembangan anak di laman Instagram, wanita ini berkongsi kisah vaksin tambahan untuk si anak Muammar Rafiqi.
Jelasnya, vaksin tambahan merupakan perlindungan tambahan bagi mencegah penyakit merbahaya yang menyerang bayi kecil.
“Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil vaksin Pneumococcal 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, boleh ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada beberapa kali suntikan ikut tempoh tertentu.
“Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.
“Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni.
“Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.
“Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni
“Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal,” tulisnya.
Sementara itu, Tasha turut berkongsi cerita lucu bagaimana cara untuk menenangkan hati putera tercinta.
“Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “peganggg tangan dedi!”. #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy,” tambahnya lagi.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.