Filem arahan pertama Aditya Chopra nyata memberi memori tersendiri buatnya apabila sehingga kini, filem Dilwale Dulhania Le Jayenge kekal diingati sebagai antara filem cinta Bollywood paling ikonik, meski sudah pun berusia 23 tahun. Dilakonkan Kajol dan Shah Rukh Khan, jom ikuti apa 10 triva menarik mengenai filem berdurasi 189 minit ini.

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

1. Penggambaran filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang berlangsung lebih setahun ini menjalani penggambaran di beberapa buah negara seperti Switzealand, London dan India.

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

2. Kekal sebagai antara filem terlaris di Bollywood, filem yang hanya menelan belanja sekitar USD1.2 juta ini berjaya mengaut keuntungan lebih USD38 juta ketika ditayangkan di pawagam.

3. Pada masa sama, filem ini juga menjadi antara filem yang paling lama ditayangkan di pawagam India dan sehingga kini, masih ada pawagam di Mumbai yang masih tayangkan filem hebat ini!

IKLAN

4. Jangan tak tahu, pengarah filem Kuch Luch Hota Hai yang turut dilakonkan dua bintang ini iaitu Karan Johar turut melakukan penampilan pertamanya di layar perak menerusi filem ini.

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

5. Menerusi sebuah temu bual, ada ketikanya Aditya Chopra mengalami kesukaran untuk mendapatkan mood saat mengarahkan babak romantik di antara Raj dan Simran (Kajol dan Shah Rukh) kerana mereka saling ketawa saat bertentang mata!

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

IKLAN

6. Terdahulu, beberapa aktor dikatakan turut dipilih produksi untuk mendukung watak Shah Rukh di dalam filem berkenaan. Antaranya ialah Aktor Saif Ali Khan, Salman Khan Aamir Khan. You all rasa mereka sesuai tak dengan Kajol?

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

7. Di India, filem ini dilabel sebagai ‘antara 10 buah filem yang perlu ditonton sebelum meninggal dunia’. Antara filem lain yang turut mendapat pengiktirafan sama ialah Mother India dan Deewar.

8. Serentak dengan kejayaan besar yang dilakar Dilwale Dulhania Le Jayenge, ia telah mencetuskan idea buat para pengarah lain untuk mengambil inspirasi mengenai tema dan jalan cerita filem ini.

IKLAN

9. Setelah 20 tahun berlalu, sebuah filem dokumenteri berjudul Making of DDLJ dilancarkan. Perbagai trivia unik dikongsikan di dalam filem dokumentari berkenaan. Antaranya ialah Shah Rukh sedang berhadapan dengan masalah kesihatan adiknya ketika sedang menjalani penggambaran.

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

10. Lebih menarik, Aditya Chopra dikatakan ingin menyunting bintang top Hollywood Tom Cruise untuk memainkan watak Raj Malhotra kerana pada asalnya, filem ini mengisahkan mengenai kisah cinta orang Amerika dengan India. Bagaimanapun, penerbitnya, Yash Chopra tidak mahu menggunakan pelakon asing. Tapikan, macam manalah agakanya kalau Tom Cruise jadi hero dalam filem ni kan?

Sudah 23 Tahun Berlalu, Mari Intai 10 Fakta Menarik Filem Mega, Dilwale Dulhania Le Jayenge!

https://www.youtube.com/watch?v=Y9JvS2TmSvA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI