Tular di laman Twitter yang berkongsi perbualan sepasang suami isteri yang dilihat cukup menghiburkan.
Seorang pengguna yang dikenali sebagai Muna melayangkan satu status, menyatakan keinginan terhadap rekaan raya terkini keluaran Naelofar.
Bagaimanapun tweet tersebut dicabar oleh sang suami dan mengatakan andai Neelofa menyukai status itu, dia akan menghadiahi dua helai tudung jenama tersebut.
Ads
Lalu, perbualan mereka di platform sana akhirnya mendapat perhatian Neelofa yang kemudiannya memberikan reaksi dan retweet kembali di laman Twitter miliknya.
Ads
“If I like this tweet, you dapat 2 helai. But since I’ve replied, does that mean you can get the whole Raya collection?” balasnya.
Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Aamin ada berkongsi cerita gembira menerusi akaun Instagram.
Kongsi Joy, dia menzahirkan rasa gembira apabila berpeluang menunaikan solat tarawih bersama tunang serta keluarga bakal mertua.
“Alhamdulillah.. baru selesai tadi. Kali pertama dapat berterawikh bersama tunang & bakal mertua di kediaman mereka #bestmoments #terawikh #syukur #ramadhan2020 #bondingtime,” tulisnya.
Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi petikan artikel yang menyiarkan keadaan di Jepun selepas menamatkan perintah berkurung.
Menerusi laporan, pulau di utara Jepun dilanda gelombang kedua dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan 135 jangkitan Covid-19 selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.
Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.
“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please,” kongsinya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Aznil Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.