Pelakon, Puteri Aishah menzahirkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhammad Firdaus beberapa hari lalu.

Memilih untuk untuk tidak terlalu berkongsi mengenai sisi peribadinya sebelum ini, Puteri akui selesa dengan pendirian yang sedemikian.

“Suami Pemalu, Dia Juga Tak Pernah Bercinta Sebelum Ini,” – Puteri Aishah Dedah Keperibadian Suami

“Sebenarnya saya daripada dulu lagi tidak berapa gemar berkongsi tentang kisah cinta saya kepada umum. Kalau ada yang saya kongsi itu (di Instagram) maksudnya itu bukan teman lelaki saya.

“Saya dah biasa dan lebih selesa begitu. Alhamdulillah kami berdua kini sudah bergelar suami isteri,” katanya memetik Gempak.

Ditanya mengenai keperibadian suami tercinta, bintang filem Pulang ini menyifatkan Firdaus sebagai lelaki yang sangat pemalu.

IKLAN

Malah dia juga tidak pernah bercinta sebelum ini dan pengenalan mereka bermula daripada seorang kawan.

“Suami Pemalu, Dia Juga Tak Pernah Bercinta Sebelum Ini,” – Puteri Aishah Dedah Keperibadian Suami

“Kami diperkenalkan menerusi kawan baik saya namun hubungan kami pada ketika itu hanyalah sekadar kawan sahaja.

IKLAN

“Daus (Firdaus) ini dia seorang yang pemalu dan dia juga tak pernah bercinta sebelum ini. Jadi bila dah berjumpa kami tidak terus menghubungi satu sama lain sebab dia sangat malu.

“Kemudian kami hanya bertukar-tukar akaun Instagram masing-masing. Selepas itu barulah berhubung menerusi Direct Massage (DM), keluar dan mula mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.

Pelakon berusia 27 ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 28 itu pada Ahad, dengan sekali lafaz.

IKLAN

“Suami Pemalu, Dia Juga Tak Pernah Bercinta Sebelum Ini,” – Puteri Aishah Dedah Keperibadian Suami

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur menyaksikan Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI