Penglibatan pelakon, pengacara dan pengarah, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dalam arena politik sememangnya menjadi perhatian ramai. Dia yang merupakan ahli majlis kerja tertinggi UMNO telah memenangi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rim dalam pilihan raya negeri Melaka hari ini atas tiket Barisan Nasional.

Berdasarkan keputusan yang telah diumumkan sebentar tadi, Dira, 37, telah berjaya meraih sebanyak 4,037 undi, meninggalkan pesaingnya, Azalina Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 2,710 undi dan B Prasanth Kumar daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,163 undi.

Dira Abu Zahar Kini Bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka

Pada 9 November 2021, menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Dira menyatakan yang penglibatannya bertanding untuk memenangi kerusi DUN merupakan satu langkah  bagi mengikut jejak arwah bapanya, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang pernah bergelar ahli dewan undangan negeri Merlimau dan Sungai Rambai, Melaka.

Dira Abu Zahar Kini Bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka

IKLAN

“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini. Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.

“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua,” ujarnya.

IKLAN

Terdahulu, kerajaan Melaka tumbang apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi ahli dewan undangan negeri iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas)  dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

Sumber: Astro Awani & Instagram Dira Abu Zahar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar)

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI