Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar mengenang kembali kepayahan yang terpaksa dilaluinya sewaktu bergelar pelajar di universiti tidak lama dahulu.

Menurut Nadhir, ketika sedang melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dan ijazah, dia terpaksa mengharungi waktu-waktu tersebut tanpa memiliki komputer riba seperti pelajar-pelajar yang lain.

“Struggle Dia Kau Sorang Je Faham, Pergi Lab & Pinjam Member,” – Tak Pernah Ada Laptop Dulu, Nadhir Nasar Kongsi Kepayahan Zaman Belajar

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.

“Ini cerita benar, bukan tipu. Dulu aku seorang siswa yang tidak mempunyai laptop diatas sebab sebab tertentu.

“Aku berjaya habiskan diploma aku, aku berjaya habiskan degree aku. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

IKLAN

Jelas pemenang program, Hero Remaja 2020 ini lagi, dia juga terpaksa mencari alternatif lain demi menyiapkan setiap tugasan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

“Struggle Dia Kau Sorang Je Faham, Pergi Lab & Pinjam Member,” – Tak Pernah Ada Laptop Dulu, Nadhir Nasar Kongsi Kepayahan Zaman Belajar “Struggle Dia Kau Sorang Je Faham, Pergi Lab & Pinjam Member,” – Tak Pernah Ada Laptop Dulu, Nadhir Nasar Kongsi Kepayahan Zaman Belajar

Dikesempatan itu juga, Nadhir turut menitipkan kata-kata semangat buat pelajar yang terpaksa mengharungi detik-detik sukar yang sama sepertinya satu ketika dahulu.

IKLAN

“Struggle dia memang kau sorang je faham. Assignments pergi lab dan pinjam laptop member.

“Stay strong brother! Aku percaya theres brighter future awaits you!,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa kagum selau turut berkongsi kepayahan mereka sewaktu bergelar mahasiswa.

“Yes. Kalau azam memang untuk study. That dugaan is was pain tapi bila dAh graduate you will feel puas.

IKLAN

“Bila teringat zaman diploma sem datu, takde laptop nak buat assignment. Alhamdulilah Alalh kurniakan sahabat baik yang bagi pinjam laptop walaupun masa tu due date assignment sama.

“Finally jumpa senasib, yang rasa je paham.

“Kadang bukan tak mahu, cuma tak mampu. Ada perkara lain yang perlu diutamakan.

“Sama la tak ada laptop. Semua pnjam member. Alhamdulillah Allah hadirkan kawan yang baik. Boleh bantu time susah. Semoga berkawan sampai syurga,” antara komen-koomen di Twitter.

“Struggle Dia Kau Sorang Je Faham, Pergi Lab & Pinjam Member,” – Tak Pernah Ada Laptop Dulu, Nadhir Nasar Kongsi Kepayahan Zaman BelajarSekadar informasi, pelakon drama Projeck Anchor SPM ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sumber: Twitter & Instagram Nadhir Nasar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI