Selepas kecoh gara-gara dikatakan makan katak lalu ia dimuat naik menerusi Instagram, pelakon Gambit Saifullah awal malam tadi menjelaskan mengenai situasi yang dilaluinya ketika ini.
Difahamkan, bintang itu sedang mengikuti latihan di sebuah lokasi berhutan.
“In the jungle. Survivor camp-Trainee in training. Stop judging and be a betterĀ #Muslim!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sejak semalam, ramai netizen mempersoalkan mengenai tindakannya yang makan katak buat kali yang pertama. Malah, momen tersebut turut dikongsi gambit menerusi Insta Stories miliknya.
PelakonĀ Ashraf Muslim difahamkan sudah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji, awal pagi tadi.
Malah, sebelum berangkat jam 9 pagi tadi, bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu ini meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.
āBismillahirrahmanirrahim⦠Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
āAlhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
āTepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung.
āDoakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt,ā kongsi Ashraf.
Dalam pada itu, Ashraf juga berasa sedih apabila mahu meninggalkan keluarganya buat sementara waktu bagi melaksanakan ibadah tersebut.
Akui Ashraf, dia amat merindui bapa, arwah ibu dan kedua-dua isteri serta anak-anaknya.
āSaya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji.
āSedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malahorg sekeliling yg menyayangiku.
āTerima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,AnasĀ dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk berāspidermanā, teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya.
āMaafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau,āluah Ashraf.
Sementara itu, Ashraff,38, turut memuat naik gambar keluarga di Insta Storiesnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya mendoakan agar pemergiaan pelakon tersebut dipermudahkan, selain mendapat haji mabrur.
Ā
Ā
Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Foto : Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.
Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
āMasa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.
āDan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.
āYouāre getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,ā tulisnya.
Baru sahaja melahirkan anak ketiganya, penyanyi Adira menafikan gosip yang hangat diperkatakan mengenai kononnya, dia telah diceraikan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk Red, ketika sedang sarat mengandung.
Malah seperti yang dipetik Harian Metro, bintang berusia 28 tahun itu juga turut menafikan dia merupakan wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip sebuah portal hiburan baru-baru ini.
āSaya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
āSaya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja,ā jelas Adira seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang ini turut mengakui dia tidak mahu mengambil serius mengenai hal yang boleh memeningkan kepala, lebih-lebih lagi terhadap hal yang tidak benar.
āSaya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya,ā katanya yang bagaimanapun mengakui keharmoniannya bersama suami ada pasang surutnya sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama.
āTipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
āBagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.
āSuami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,ā jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Red pula menjelaskan, spekulasi yang timbul itu adalah tidak benar sama sekali.
āSaya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.
āSelagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak,ā tegas Datuk Red.
Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.