Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.
Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
“Masa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.
Ads
“Dan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.
“You’re getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,” tulisnya.
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Melissa Th’ng sekali lagi memuat naik gambar mesra bersama bekas penyampai radio, Jaa Suzuran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Foto tersebut memperlihatkan kemesraan Jaa yang sedang memeluk Melissa dari belakang sambil dirakam wanita itu sendiri.
“Tolong settle. Siapa lagi manja? @jaasuzuran ke Melissa?,” tulis bekas peserta program pencarian model terkenal Asia’s Next Top Model musim pertama itu.
Penyanyi, Ara Johari berkongsi video sedang memegang bayi kecil untuk ditindik telinga.
Bayi yang difahamkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Aisyah itu dilihat menangis ketika kedua-dua belah telinganya mahu ditindik.
“Al Kisah nya mummy tak berani tau nak tengok benda benda macam ni tapi makcik awak ni @nizaarie lagi pengecut dari mummy ! So nak taknak kita redhaa je! Allahu tuhan je tahu mcmana gigil nyaa mummy pegang aisyah tadi. Nasib baik nangis kejap je sayang mummy ni,” tulisnya.