“Sorry Sayang, Panas… Tak Tahan,”- Disebalik Kostum Teddy Bear, Isteri Haziq Hussni Beri Kejutan, Sampai Muka Jadi ‘Merah Padam’

Share

Penyampai radio, Haziq Husssni menerima kejutan dari isteri, Ayunda Putri sempena hari bapa baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Haziq menerusi Instagram miliknya.

“Tercengang ya saya disitu bila tau @ayundaputrii dalam Cici tu.

“Unexpected! Tak terfikir langsung. Terima kasih ibi sebab buat habi tersenyum lebar sampai tak tutup mulut,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, isterinya, Putri menyarungkan kostum teddy bear untuk memberi kejutan buat suaminya.

Lalu, Putri mendedahkan dirinya disebalik kostum tersebut kerana berasa tidak selesa.

“Sorry sayang, panas. Tak tahan,” kata Putri sambil mendedahkan dirinya.

Lantas, Haziq terkejut kerana tidak menyangka isterinya disebalik kostum teddy bear itu.

Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isteri, Putri Ayunda pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua permata hati, Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

Foto/Video : Instagram Haziq Hussni

IKLAN