Penyanyi tersohor Jaclyn Victor akhirnya mengesahkan pernikahannya dengan pensyarah, Dr. Calvin T. Samuel, pada malam Ahad lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, juara All Stars Gegar Vaganza itu menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada pereka duo, Rizman Ruzaini yang mereka busana perkahwinannya pada malam bahagia itu.
“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan betapa dalamnya rasa syukur ini. Saya hanya ingin ucapkan terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kepada Rizman Ruzaini.
“Suami saya sendiri menitiskan air mata apabila melihat saya memakainya buat kali pertama dan gaun resepsi saya pula membuatkan saya rasa seperti seorang permaisuri,” tulisnya.
Ads
Persahabatan Dua Dekad Diabadikan
Jac pada masa sama mengimbau persahabatan lebih 20 tahun bersama Rizman dan Ruzaini yang benar‑benar memahami cita rasanya.
“Terima kasih atas persahabatan selama lebih 20 tahun. Kamu berdua tahu dengan tepat apa yang sesuai dengan saya dan tahu apa yang perlu direka untuk hari istimewa kami!
“Sayang kamu berdua sangat‑sangat. Sut pengantin Calvin pula memang terletak elok sempurna! Serius, memang ngam sangat!,” luahnya lagi.
Terdahulu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur, disaksikan keluarga dan rakan rapat termasuk Liza Hanim, Datuk Ramli MS, Shila Amzah dan Anuar Zain.
Selain momen indah majlis, gaun sopan Jaclyn juga pantas mencuri sorotan warganet menerusi hantaran berkenaan yang sudahpun menerima lebih 17,000 tanda suka itu. Antaranya;
“Sesungguhnya aku malu tengok dress Jac yang sopan berbanding wedding dress artis Muslim yang terdedah.”
“Wah so magical… definitely looks so dreamy.”
Ads
“Cantik dan sopan sangat‑sangat baju. Tahniah.”
Malah ada juga yang menyenangi sikap Jac yang tidak terlalu menghebohkan detik bahagianya secara keterlaluan.
Perkahwinan ini menjadi lembaran baharu buat ibu kepada Jonah Joshiah, 10, dan Molly Marguerite, 8, ini selepas kehidupan terdahulu bersama Shawn Rivera berakhir pada 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Seperti yang kita maklum, Adira Suhaimi merupakan antara artis yang memiliki kulit putih melepak tanpa perlu bersolek tebal untuk menyerlahkan kejelitaan sebenar ibu kepada seorang empat orang cahaya mata ini.
Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Malah, Adira sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul.
Jom kita intai regim penjagaan wajah Adira yang cukup sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk kekalkan kulit putih dan cantik!
1. WAJIB Pakai Krim Pelembap Kulit
Tidak dinafikan krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekali gus kulit anda akan kekal cantik.
Jangan sesekali biarkan kulit kering kerana akan menyebabkan masalah menggelupas. Carilah krim bersesuaian untuk disapu sama ada sebelum ke tempat kerja atau ketika mahu tidur.
2. Amalkan Diet Seimbang
Jangan terlalu rakus memilih makanan yang digemari tanpa mengetahui khasiat di sebaliknya. Sebaliknya pilih pemakanan yang sihat. Lebih elok amalkan pengambilan makanan yang direbus, kurang minyak dan juga bakar. Sangat baik untuk kesihatan kulit anda.
3. ‘Consume’ Air Kosong Untuk Kulit Bercahaya
Sangat penting mengambil air yang cukup setiap hari. Pengambilan ai boleh mengelakkan masalah dehidrasi dan juga penting untuk kelempaban kulit. Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya. Pastikan ada botol berisi air kosong yang dibawa ke mana-mana sahaja.
4. Amalkan Diet Sihat & Makan Buah-buahan
Selain pemakanan yang sihat, pengambilan buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C misalnya oren memang menjadikan kulit anda cantik sekali gus mencerahkan kulit. Seeloknya makan buah sebelum mengambil pemakanan berat.
5. Rajin Buat Rawatan Badan & Wajah
Jika mampu tidak salah rawatan kecantikan ‘top to toe’ di salun. Jika tidak boleh anda lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan alami semula jadi. Carian di internet akan memberi pelbagai informasi atau petua alami yang diamalkan orang dulu-dulu. Misalnya membuat masker daripada ketulan kiub tomato.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Perubahan fizikal pelakon, Farhan Asri menimbulkan kerisauan di hati para peminat setianya dan dia tampil menjawab mengenai perkara itu selepas ditanya menerusi Ask Me Question.
Menurut Farhan, dia kini sedang mengawal pemakanannya terutamanya dalam pengambilan makanan bergula, makanan segera dan berminyak.
Jelasnya lagi, dia juga sudah hampir lapan bulan berhenti daripada aktiviti merokok dan ‘vaping’.
“Soalan paling panas untuk tahun ni. Dah lapan bulan tak ambil gula dan banyak sangat pantang makan. Dah lapan bulan juga tak makan benda yang betepung dalam makanan.
“Dah lapan bulan tak makan berminyak dan fast food. Air suam je tiap-tiap hari dan berhenti minum air sejuk. Dah lapan bulan juga tak merokok dan vape,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini turut mendedahkan dia sebenarnya tidak menghilang daripada industri seni sebaliknya memutuskan untuk berehat buat seketika.
“Paan alhamdulillah sihat. Cuma berehat sekejap daripada aktiviti pengambaran, akan buat kemunculan kembali dalam masa terdekat. Doakan Paan,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juva, bintang berusia 24 tahun ini turut berharap agar para peminat dapat mendoakan mengenai kesejahteraan dirinya.
Sekadar informasi, Farhan merupakan bintang kelahiran program realiti pencarian bakat, Hero Remaja 2017 sezaman dengan pelakon seperti Ikmal Amry, Harris Annuar dan Alif Muhaimin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farhan Asri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal era 1970-an, Uji Rashid merakamkan rasa syukur apabila anaknya, Cico atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Haharap Jamaludin kian menunjukkan perkembangan positif selepas dikatakan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Uji memaklumkan sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.
Bagaimanapun, keadaan kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.
“Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan.
“Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.
Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi demi mengembalikan ingatannya.
“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.
“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.
Malah, Cico juga kerap membawa anaknya Rindu Nur Fitrah, 10, bersama.
Uji menambah, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.
“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.
“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan pemergian tragis penyanyi wanita, Lee Min, yang juga merupakan anggota duo terkenal As One.
Lee Min atau...