Lucu pula MH terbaca tweet terkini Izara Aishah mengenai ragam seorang peminat yang melabelkannya sebagai seorang yang sombong gara-gara salah menyebut nama.

Menurut Izara, peminat tersebut siap buat muka benci apabila panggilannya tidak diendahkan oleh Izara.

Rupa-rupanya peminat tersebut telah memanggil Izara dengan nama selebriti yang lain iaitu Zara Zya!

Menurut Izara, kerana itulah dia tidak menyahut atau respon terhadap panggilan tersebut.

Namun apabila menyedari apa yang terjadi sebenarnya, Izara segera memberi peluang pada peminat tersebut untuk bergambar dengannya.

IKLAN

Perkongsian ini telah membuatkan ramai terhibur dan memberi respon yang melucukan…

IKLAN

IKLAN

Aduh MH boleh bayangkan apa yang terjadi. Kesian betul Izara, tak pasal-pasal hampir di tuduh sombong.

Dalam masa yang sama, MH pun bersimpati dengan peminat tersebut. Apapun peminat ini berjaya menghiburkan orang ramai!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI