Pelakon, Ashraf Muslim mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjadi pelakon dan banyak perkara harus dipelajari untuk menjayakan sesuatu babak lakonan dengan baik.
Pada masa sama, pelakon berusia 39 tahun ini turut mengimbau titip pesanan yang pernah disampaikan oleh pelakon senior, Zaidi Omar buatnya.
“Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon dalam sebuah cerita. Macam nak jawab exam lah. Nak berjaya exam kena study, kena faham subject, buat latihan byk2 supaya tak buat mistake dlm exam, kena bersabar dan jgn kelam kabut serta bijak mengurus masa.
“Sama je dgn lakonan.. nk menjayakan sesuatu watak dalam setiap babak, kenalah faham dgn jalan cerita dan wataknya.
Ads
“Skrip bukan untuk dihafal, tapi nak faham dialog perlu hafal ” inilah kata-kata abg Zaidi Omar yg buatkan AM simpan sampai bila-bila,” tulisnya.
Sementara itu, bintang drama bersiri Dia Menantu Rahsia juga memberikan nasihat kepada generasi muda agar menduduki peperiksaan agar sentiasa tenang dan menguruskan masa dengan sebaik mungkin.
Ads
“Kepada adik2 yang akan menghadapi exam. Abang nak ucapkan selamat menjawab kertas exam dalam keadaan tenang, urus masa dgn baik dan insyaAllah, Allah akan sentiasa bersama adik2 semua. Good Luck!,” tulisnya lagi.
Ads
Ashraf atau nama lengkapnya Muhd Ashraf Muslim telah memulakan karier seni lakonan pada tahun 2006.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, ada berkongsikan sikap kekasih hatinya, Dini Azan Schatzmann, 27, yang nyata berbeza dengan hos program Melodi itu.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, perwatakannya pelakon kacukan itu sangat kontra sehingga membuatkan mereka kerap berselisih faham pada awal perkenalan.
Pendedahan tersebut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga itu menerusi satu perkongsian panjang lebar di Instagram.
“Don’t lose your present to your past. Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi.
Kontra ya amat. Awal-awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
“Dia OCD, aku jenis bersepah (bersepah je la bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, Makan dalam kereta tak boleh. So aku jadi rimas.
Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku. (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan, lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama).
“So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak,” kongsi Janna.
Dia pada masa sama turut mengakui Dini seorang yang terlalu ‘overthinking’ hingga ada ketikanya membuat Janna stres.
“Lepas tu dia ni sejenis OVERTHINK teruk! Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress. Uish stress wei dengan orang yang overthink ni.
“Macam kau dah takde advise dah nak bagi untuk dia relax. Ayat aku selalu cakap “relax ok, jangan kerut sangat muka tu”.
“Lepas tu, INDECISIVE! (dia akan confuse gila bila nak buat keputusan). Nak beli barang, nak order makanan, nak beli baju..eh macam macam lah!,” tulisnya.
Tambah Janna lagi, perbezaan yang turut ketara adalah mengenai menu makanan yang dimakan.
“Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah, bab makanan!Ye…cara kitaorang makan, sangat lah berbeza yer. Aku ni makan la segala jenis mak nenek.
“Dia ni masa awal-awal dulu, VEGAN! (vegan, yang makan daging/ ayam tipu-tipu tu). Bayangkan, dating pun aku kena pura pura aku suka makan makanan dia. Padahal OK OK je lah.
“Pendekkan cerita, banyak lagi perbezaan dari segi mentality & upbringing. Kalau aku nak cerita tak cukup lah karangan dekat instagram ni,” jelasnya.
Bagaimanapun apa yang paling peting ialah untuk cuba saling memahami mesti latar masing-masing berbeza.
“Tapi, point yang aku nak bagitau. Cara kita membesar, persekitaran,didikan,pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza.
“Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.
“Kau tak boleh salah kan masa silam dia, Kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
“Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu..tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.
“KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH: MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN,” seloroh Janna.
Perkongsian tersebut nyata menarik minat ramai dan ada di antara peminat yang meninggalkan reaksi masing-masing pada ruangan komen.
Sehingga kini, perkongsian Janna terhadap gandingannya menerusi drama Marry Me, Senorita itu sudah pun menerima lebih 89,000 tanda suka.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dia berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijab kabulkan pada pagi, Sabtu.
Menurut Nabila,37, dia juga gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suami tercinta, Haris Ismail atau sinonim disapa Pencetus Ummah (PU) Riz.
“Melihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia rasa kebahagiaan yang dia cari selama ini.
“Saya rasa sangat sebak dan terharu kerana akhirnya Neelofa boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila selepas selesai majlis akad nikah selesai.
Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat pasangan mempelai.
Antara rakan selebriti rapat yang turut hadir meraikan majlis akad nikah pasangan berkenaan seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.
Dalam pada itu, Nabila yang juga baru mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.
Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.
“Selamat pengantin baru. Sebagai kakak, saya nak ucapkan… banyak-banyak bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.
“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah dan senang,” ujarnya lagi.
Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sudah arif dengan taktik yang digunakan suami, Dr Izzar Anwari setiap kali dia ingin keluar untuk bersukan bersama rakan-rakan.
Jelas Ummi, suaminya itu tidak akan sesekali berkongsi rasa penat atau sakit sebaik sahaja pulang bagi mengelakkan kerisauan di hatinya pada masa akan datang.
“Dia nak main basketball malam ni. Jadi dia bagi hint macam ni semalam. Puji satu paragraph jaa. Nevertheless, thank you my love.
“Btw, Jumaat lepas dia main bola sepak. Balik rumah tengok ada luka dekat dahi dan siku. Besar jugak lah luka dekat siku tu. Perlahan perlahan dia tunjuk sambil senyum.
“Kita tanya sakit tak. Dia jawab “tak.. biasa lah. lelaki”. Tapi bila terlanggar. Keluar jugak bunyi sakit “sssss” Haaa.
“Dia buat buat tak sakit dan tak letih keesokan hari sebab tak nak kita tegur bersukan rupanya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pelakon telefilem Kerana Korona itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa.
Dalam pada itu, Ummi turut berharap agar para isteri tidak terpedaya dengan taktik tersebut sebaliknya berilah waktu untuk suami berehat setiap kali mereka keluar bersukan.
“Jadi isteri-isteri, jangan terpedaya kalau suami nampak macam tak letih keesokan hari. Seeloknya kita bagilah dia rehat lama sikit.
“Anyway I barely say no unless it’s detrimental to ur health and u know that. Be safe tonight,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut berkongsi ragam suami mereka lebih-lebih lagi ketika ingin bersukan bersama rakan-rakan.
Terdahulu, Ummi dan Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesa.
Malah, pasangan ini juga sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kedua apabila Ummi kini sedang hamil tujuh bulan.
Foto: Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.