Pasti ramai yang sudah mengetahui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini telah hamil hampir lima bulan.
Namun, menerusi entri terbaru penyanyi itu dilihat Siti terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.
Video yang dimuat naik itu menunjukkan suaminya, Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah.
Menurut Siti disebabkan dia hamil hampir lima bulan dan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh sehinggakan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.
Malah bakal ibu itu turut berseleroh berkata suaminya menolak laju kerusi roda itu seperti kereta ferrari.
“Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda… #suamipecutmacamferrarri,” Ujar Siti.
Perkongsian tersebut telah menarik minat 778,746 penonton dan lebih 2,700 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya setakat ia di muat naik semalam.
Rata-rata peminat Siti faham dengan keadaannya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.
Malah, ada juga yang memuji Datuk K seorang suami yang penyayang melayan isterinya sedang hamil.
Selain itu, mereka juga mendoakan Siti dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.
Terdahulu, Siti menamatkan segala persoalan ramai mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI