Wah! Kalau lihat senarai filem yang akan keluar di pawagam tahun ini, Avengers: Infinity Wars sememangnya yang dinantikan ramai.

Semalam, MH berpeluang untuk menghadiri tayangan perdana filem tersebut dan banyak kelihatan kaki filem yang turut hadir untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan filem ini di Malaysia.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Persoalan pertama yang bermain di fikiran MH adalah bagaimana pengarah membahagikan masa ‘screening time’ untuk semua para pelakonnya memandangkan hampir semua para pelakonnya adalah gred A dan merupakan watak penting dalam francais Marvels.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Namun, di saat permulaan cerita, mata MH sudah terpaku di skrin pawagam. Kisah Infinity Wars bersambung daripada filem Thor: Ragnarok dimana kesemua rakyat Asgard melarikan diri daripada negara mereka apabila ia musnah.

Sesiapa yang mengikuti filem Marvels tentu tahu mengenai Thanos dan akhirnya dia memunculkan diri sebagai antagonis paling kejam dalam kesemua filem Marvels.

IKLAN

Thanos mencari 6 batu berkuasa yang dipanggil ‘infinity stone’, keenam-enam batu tersebut mempunyai kuasa mereka yang tersendiri seperti mengawal masa, kuasa, realiti dan lain-lain.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Jika dikumpulkan kesemua batu tersebut, si pemegangnya boleh menghancurkan alam semesta dengan hanya memetik jarinya sahaja.

Setakat ini, 5 batu sudah ditemui dan tinggal satu sahaja yang masih belum dijumpai. Bagaimanapun, Thanos berjaya memperoleh satu batu dan kini berusaha untuk mendapatkan batu-batu lain.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

IKLAN

Menariknya, perlawanan menentang Thanos bukan berlangsung di bumi sahaja tetapi juga di galaksi dimana Iron Man, Doctor Strange, Spiderman dan ‘team’ Guardian of The Galaxy’ berlawan di angkasa lepas manakala ‘team’ yang diketuai oleh Captain America pula berusaha melindungi bumi.

Jikalau aksi yang anda mahukan daripada filem ini, sememangnya itulah yang diberikan oleh pengarah, Joe dan Anthony Russo. Sejak dari minit pertama hingga terakhir memang dipenuhi dengan babak-babak aksi yang terbaik.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Dalam pada itu, turut terselit beberapa momen-momen lucu apabila para superhero ini bertemu dan perlu bekerjasama buat pertama kalinya. Namun, terdapat juga babak yang mengalirkan air mata.

IKLAN

Sebagai salah seorang pengikut setia filem Marvel’s, MH sangat berpuas hati dengan jalan cerita dan garapan pengarah untuk Infinity Wars, walaupun ada kala terasa seperti sesuatu momen itu berlaku terlalu cepat, tak sempat nak ambil ‘feel’ dah masuk babak lain.

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Akan tetapi, pada MH ia kena dengan jalan ceritanya. Selain itu, penonton juga dapat melihat dan mengenali sikap Thanos sebenarnya, sebab mengapa dia bertindak sedemikian dan siapakan Gamora di hatinya.

All in all, memang wajarlah Avenger: Infinity Wars menjadi filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Marvel’s khususnya cuma MH harap peminat akan bertenang dan sabar menunggu filem Avenger seterusnya ya kerana penghujungnya agak…

[SINOPSIS] Avengers: Infinity War, Filem Aksi Paling Hebat Tahun Ini!

Apa-apapun, selamat menonton semua!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI