Pelakon dan usahawan, Ika Nabella tidak mahu mengulas apa-apa mengenai apa yang berlaku terhadap seorang individu yang dikenalinya meski mengakui rasa sedih dan terfikir apakah sebenarnya yang berlaku.

Meski tidak menyebut mana-mana nama, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan, dia cukup mengenali individu berkenaan dan mengharapkan agar rakannya itu tahu akan apa yang telah dilakukan.

Menerusi satu posting terkininya di Instagram, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini memberikan pandangan yang lebar.

“Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri

“Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri

“For once & for all. I NAK HABAQ TOKSAH LA DOK CARI I. TAK PAYAH WHATSAPP I UPDATE APA2. BUKANNYA I TAKDAK IG DIA.

“Takkan sebab i tak komen apa2 tak post apa2 hampa ingat I tak tau apa jadi hampa dok whatsapp aku berjela.

Ads

“ADAAAAA I FOLLOW DIA! I NAMPAK APA DIA POST. It’s heartbreaking, I’ve been crying & thinking about it since the first post but I don’t wanna talk about it to anyone. I tak mau ulas apa2 sebab I manusia biasa.

“Mata kasar kita ja nampak kita semua berbeza. Apa kita lalui berbeza. Nikmat & dugaan hidup kita juga berbeza.

“Tapi hakikatnya. Kita semua SAMA. WE are all sinners. ALLAH tutup aib kita. Bagi dia masa, dia akan ok,” tulisnya.

Malah Ika turut merakam kembali memorinya bersama rakan baiknya itu.

“Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri “Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri

Ads

“I kenal hati budi dia. She is not like that, kalau dulu I’m always the bad one. Dia pakai seluar pendek pun tak reti. Singlet pun tak tau pakai I yg mengajar dia fesyen bodo. Dia tak pernah nak ikut pun.

“MALU dia kata. Dia ada prinsip. Dia tau tujuan hidup dia. Dia tau sapa diri dia, sapa keutamaan dia, dia hidup untuk mama dia & orang2 yg dia sayang walaupun orang2 yg dia sayang tu bodo tak reti hargai dia.

“Dulu I selalu marah dia jgn jadi bodo bila sayang orang, sayang diri sendiri dulu baru fikir orang. Tapi I hanya mampu marah je la. Dia pun bukan budak2,” tulisnya lagi.

Ads

Sementara itu menerusi kapsyen sama, Ika turut terbuka sekiranya rakan baiknya mahu menghubungi.

“I know her. Dia pun tau I kenal dia. Bukan hashtag bff tapi pernah la few times raya sama2. Kalau dia perlukan I pandai2 la dia cari I.

“Aku ada je ni. Aku taknak balik2 call kau nanti kau benci. Kalau kau depan aku maybe aku lempang kau dulu baru peluk kau sebab kau tak share dgn aku masalah kau mcm kau selalu buat dulu.

“Ini la perangai buruk kau dari dulu suka diam2 simpan masalah lepas tu buat hal. Jaga Diri ok? Kau ok tu aku tau. Anytime kau perlukan aku. Call. Aku ada je ni,” pesannya.

“Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri “Singlet Pun Tak Tau Pakai, I Yang Mengajar Dia Fesyen Bodo. Dia Tak Pernah Nak Ikut, Malu…,” – Terbuka Terima Call, Ika Nabella Minta Sahabat Jaga Diri

Foto: Instagram Ika Nabella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI