Penyanyi, Siti Sarah berkongsi beberapa keping foto pasa hantaran terkini di Instagram dengan memaklumkan salah seorang pekerjanya terlibat dalam kemalangan dipercayai langgar lari di Johor Bahru.
Menurut Sarah, lokasi kejadian adalah berdepan dengan Econsave Jalan Pesta, Muar dan difahamkan kereta yang melanggar pekerjanya itu adalah jenis Myvi.
“Ya Allah dugaan untuk pekerja saya @bubblebeemalaysia_hq kene langgar lari. Ya Allah kenapa la dah langgar nak kene lari? Tak boleh ke tolong BIADAB!
“Kalau jadi kat keluarga awak macam mana? Staff kita dekat muar accident, langgar lari, tapi orang ramai dapat no kereta yang langgar tu.
Ads
“Now staff tunggu ambulans amik and PIC tolong pergi buat report,” kongsi Sarah.
Isteri kepada pelawak Shuoin itu turut menambah, pekerjanya itu turut mengalami patah pada kedua-dia belah tangan dan paha selain turut mengalami kecederaan pada wajah.
Ads
“Patah pada Tangan dua2 patah peha patah! Pipi koyak hidung koyak!! Tempat kejadian : berdepan econsave pesta muar.
“Silap besar lari dik! Saya akan cari peguam !! Mungkin budak ni bukan darah dangaing saya .. tapi die keluarga @bubblebeemalaysia_hq kita mesti tuntut @pdrmsia_official,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Neeta Manishaa tampil membuat satu laporan polis terhadap seorang individu berkenaan sepotong video pendek yang didakwa membabitkan dirinya sehingga menjadi viral menerusi aplikasi TikTok.
Ketua Pemasaran Dan Promosi Nar Records Sdn Bhd, Becky Zulkepli menerusi satu kenyataan menjelaskan, video tersebut disifatkan sebagai memalukan selain menyentuh sensitiviti serta maruah bintang berusia 27 tahun itu.
Berikut merupakan kenyataan penuh berkaitan perkara tersebut;
“Berikutan tindakan seorang pengamal media memuat naik satu klip yang di ambil dari salah satu program televisyen yang sedang ditayangkan dengan tajuk ‘SALAH PARKING’ di aplikasi TikTok, pihak pengurusan Neeta Manishaa, NAR Records telah mengambil tindakan meminta Neeta utk membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut.
“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti dan maruah Neeta sebagai wanita. Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat di pastikan kerana usaha untuk menghubungi individu tersebut gagal kerana beliau tidak memberi maklum balas tentang isu ini.
“Sehingga jam 10 malam, masih belum ada balasan dan video tersebut masih belum di padamkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.
“Mungkin bagi sesetengah orang ia satu perkara kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut dan kerana video yang sengaja di muat naik itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh Neeta dan diri Neeta sendiri.
“Neeta sendiri merasa sangat terkilan kerana individu itu bukan lah orang lain tetapi seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya di dalam kerjaya yang di ceburi.
“Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis juga atas desakan pengurusan juga bukanlah ingin memperbesarkan isu dan bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan media sosial dengan betul bukan untuk mengecam, ‘body shaming’ dan membuat buli cyber di mana itu adalah satu kesalahan di bawah akta SKMM.
“Pihak pengurusan NAR Records sekali lagi dengan sekeras-kerasnya menyelar tindakan individu itu dan akan meneruskan tindakan selanjutnya.”
Terdahulu, di dalam video tular tersebut, tertulis ayat ‘salah parking’ yang didakwa merujuk kepada rakaman Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, yang sedang membetulkan pakaiannya menerusi sebuah program pertandingan hiburan, baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gelaran ‘Oppa Malay’ yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun ini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam kerjaya nyanyiannya.
Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single berjudul SARANGHAE yang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.
Bagi Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul single berjudul Saranghae yang diterbitkan Universal Music Malaysia (UM) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis lirik secara serius.
“Saranghae adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”
“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”
“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,” katanya.
Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu Saranghae sesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.
“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”
“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”
“Saya bertanya pula pada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh realisasikan perkara ini. Saya jumpa penggubah muzik dan ada tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.
Dalam masa sama, Meer Nash berkongsi laguitu dirakamkan dua kali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.
“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Pop sebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu Saranghae ini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam ‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”
“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau boleh nak orang ingat bahagian-bahagian dalam lagu ini.
“Dari awal saya buat melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira dengan hasil lagu ini. Semua yang terbabit dalam lagu ini berjaya buat bahagian mereka,” katanya.
Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu Saranghaeitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.
“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.
“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usaha untuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”
“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.
Meer Nash turut menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu Saranghae mudah diterima selain mesra telinga.
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”
“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”
“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini. Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Single berkenaan kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Hisyam Hamid yang mendukung watak sebagai Zarul Zafran menerusi drama rantaian Cukup Derita Itu nyata mendapat perhatian penonton.
Ini kerana, terdapat beberapa babak lakonan Hisyam yang disiarkan dalam drama ini disifatkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Antaranya, babak Zarul yang cuba menutup mulut dengan pita pelekat dan mengikat tangan Mak Gayah yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid antara babak yang paling mencuri tumpuan.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.