Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang terkenal dengan single yang terbarunya berjudul Temberang telah menyahut #10yearschallenge dilaman media sosial.
Terbaru, Ayda telah memuat naik gambar tersebut di Instagram dan menariknya, Ayda meletakkan foto bersebelahan dengan bersama penyanyi antarabangsa, Ariana Grande berserta kapsyen “Sila Muntah Sis”.
Lantas, netizen memberikan komen pelbagai kepada Ayda diruangan komen.
Ads
Ads
Malah, ada juga yang menulis membayangkan bintang cantik itu terlebih perasan apabila Ayda merasakan wajahnya mirip seperti Ariana Grande.
Ads
Alahai, barangkali Ayda cuma sekadar bergurau memandangkan #10yearschallenge kini tengah viral. Apa-apa pun Ayda tetap cantik dan manis dengan gayanya yang tersendiri.
Nampaknya pelakon, Aiman Hakim Ridza mempunyai cara romantis yang tersendiri untuk mengucapakn ‘selamat tahun baru’ kepada rakan pelakon, Zahirah MacWilson.
Menerusi entri terbaru pelakon itu, dia muat naik foto bersama Zahirah beserta kapsyen yang sungguh ‘sweet’ sekali.
“Its 2019 and you make me feel like I’m 19…again. Happy new year,” tulisnya.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang memuji pasangan tersebut, tidak kurang juga yang mengeluh kerana menyambut tahun aru berseorangan tanpa ditemai pasangan.
Sebelum ini, Aiman dan Zahirah menimbulkan persoalan apabila kedua-dua mereka memuat naik foto bersama dengan #ZahirAH yang menunjukkan seolah-olah mereka sedang dilamun cinta.
Bagaimanpun, saat disoal, Aiman mengatakan akan mengadakan satu sidang media bagi membuat pengumuman mengenai hal tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Abby Abadi turut menyahut cabaran #10yearschallenge lalu dikongsikan buat tatapan para peminatnya di Instagram.
Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, bintang yang kini kembali membintangi drama bersiri Gerak Khas turut mendedahkan suatu perkongsian bermanfaat.
Katanya, pada foto tersebut Abby bersyukur kerana Allah tidak mematikannya saat dia berada dalam keadaan yang lupa diri.
“Gambar 1st masa awal2 jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot.. tak insap juga lagi masa ni. Tapi gmbr tu bertudung sbb pergi ke program agama utk stesen tv (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke lautttt.
“Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? cuma lelemak je berlebihan. InshaALLAH akan diperbaiki hihi…
“Ramai yg bangga bila nampak sama macam dulu. Ehh takde beza, ehhh awet muda.. rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dlm tak sedar, masih leka dan terus terleka dgn dunia.
“Bersyukur sangat2 Sy ni sbnrnya.. ALLAH tak matikan Sy dalam keadaan Sy lupa yg Sy ni hamba DIA. Dan Alhamdullillah, ALLAH izinkan.. 10 tahun dulu dgn skrg, Sy bukan lagi org yg sama. Dgn mcm2 ujian yg menimpa, dgn emosi yg tak menentu, dgn anak3 yg masih kecil masa tu, ALLAH selalu ada & selalu beri peringatan utk Sy kembali pada DIA walhal masa tu Sy sesat barat,” kongsi Abby.
Malah, Abby turut mendedahkan pada peringkat awal perceraian kali pertama, dia masih lagi sama sehinggalah kepada perpisahan yang kedua.
“Awal2 bercerai tak sedar lagi. Dah kena sekali lagi, baru mcm terasa bila nak abis bodoh aku ni. Buat baikpun org dajeii kan juga huhu.. Dan akhirnya 2012, ALLAH hadiahkan sesuatu pada Sy. Dan inilah Sy hari ni.
“Nampak mcm dah sedar diri sikit kan? Hihi… dulu dosa pahala, semua ambil mudah. Solat kelaut dalam, Aurat ke laut china selatan. Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata Sy. Yakinnya Abby Abadi waktu tu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu… Itulah antara sebab utama kenapa bila ALLAH bagi hidayah petunjuk pada Sy, Sy usaha jaga sebaiknya & Sy usaha juga utk keluarga & Sahabat handai Sy,” tulisnya.
Pada masa sama, Abby turut memberi pesan kepada umat Islam supaya takutkan azab dariNya selain jangan lupa melakukan ibadat, jaga aurat.
“Takutlah dengan azab ALLAH Sahabat. ALLAH suruh solat, solat. ALLAH suruh jaga aurat. Jaga. Jangan bagi alasan yg tah apa2. Takut nnti takde rezeki? Rezeki tu pun DIA yg punya. Jadi yakin dan percayalah yg sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik utk kita & keluarga kita.
“Ps: Banyak lagilah kalau nk cerita tp sbb dah lama sangat byk yg lupa, file2 lamapun banyak dah delete dan ada yg dah bakor.. kita bakorr kita bakorr? nanti ada masa, ada rezeki kita sambung ye. Yg Sy minta skrg kita sama2 berubah jadi lebih baik dari hari2 sebelumnya. Wallahuallam. Lebiuu Lilahi Taala,” tulisnya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.