Sepotong video pendek yang dikongsi pelakon, Zul Ariffin berkaitan drama terbaharu lakonannya, Perempuan itu di Instagram pada Jumaat mencetuskan reaksi pelbagai netizen.
Ia susulan terdapat beberapa klip babak mesra termasuk adegan menggendong pelakon wanita dari depan yang sekali gus mencuri perhatian ramai.
“Coming soon..,” tulis Zul ringkas pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut terhadap video berdurasi 22 saat itu selain ada yang menyifatkan babak yang dilakonkan agak keterlaluan.
Ads
“Huisshhh, sikit lagi Jabatan Netizen mesti buzy.”
“Seriuslah cerita macam ni pun ada? Kesian.”
“Hmmm makin terus industry filem or drama Malaysia aku tengok sekarang ni.”
Ads
“Jarang komen tapi terasa nak tulis. Kenapa perlu ada cerita Melayu macam ni?”
“Kenapa cerita Melayu sekarang macam ni. Aduh ghisau.”
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.
Menurut Wawa, Aeril berbuat demikian sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.
“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.
“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa menerusi video yang kini sudah pun mendapat lebih 200,000 tontonan itu.
Menerusi ruangan kapsyen, Wawa bertanya kepada peminat apakah yang dilakukan mereka.
“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pandangan dan kurang yang berpendapat Aeril kelihatan lebih kacak apabila berambut kemas pendek.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli berkongsi tangkap layar ‘perbualannya’ bersama anak sulung, Aqeef Anaqi yang kini sudah mencecah usia lima tahun.
Meski membalas menggunakan pelbagai abjad kerana belum mahir menulis, namun sebagai Ibu, Amyra terharu apabila Anaqi dilihat ada usaha untuk berkomunikasi dengannya ketika waktu bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting. Love you son,” tulis Amyra ringkas menerusi kapsyen Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing.
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan selain Anaqi, pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya perempuan, Ayra Aryssa yang lebih setahun usianya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 49, atau mesra disapa Che Ta berpendapat golongan wanita hari ini perlu tahu dan boleh menguruskan semua perkara demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, ibu kepada tiga cahaya mata ini ditanya apa yang ingin diperkatakan mengenai golongan wanita hari ini dan Che Ta menyifatkan wanita tidak boleh lemah selain perlu kuat bekerja.
“Kalau dahulu ada yang mengatakan wanita atau isteri perlu berada di belakang suami, tetapi sekarangkita mahu tukar persepsi itu. Kalau boleh wanita ini biar berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.
“Saya rasa sekarang apa yang lelaki buat, wanita pun boleh buat. Tapi ada perkara yang wanita boleh buat, lelaki tidak boleh. Wanita ni saya kira ‘multitasking’ dan kita perlu menjadi begitu.
“Saya sendiri pun ada pengalaman. Dulu suami kerja dan kita tidak. Jadi bila kita sendiri pun sudah bekerja, saya kira suami ini akan lebih mendengar cakap isteri. Bila wanita atau isteri ada kerjaya, suami akan lebih hormat. Lebih ke arah bangga dengan diri kita sebenarnya.
“Saya mahu wanita di luar sana agar jangan terlalu mengharap pada suami. Kita kena ada jati diri, berdikari. Kita tak mahu kalau kehilangan suami, sedihnya lama dan tak tahu nak buat apa. Jangan terlalu sedih kalau suami diambil orang. Biarlah, cari lain.
“Bagi saya orang lelaki ni, sama ada perempuan lain ambil atau meninggal dunia. Betul tak? Jadi jangan sedih. Kena bangkit, perlu ada semangat. Wanita tak boleh lemah, perlu kuat dan rajin. Penat-penat macam mana pun, bila keluar rumah kena nampak ‘wow’. Itu pendapat sayalah,” katanya lagi.
Pelakon drama bersiri Kak Marr ditemui pada majlis Sambutan International Woman’s Day With Rozita Che Wan by Jols Luxe Fabrics, di DoubleThree by Hilton, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Che Ta turut berkongsi pengalaman melihat usaha keras ibunya yang bekerja membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematian bapa.
“Ayah saya meninggal dunia ketika ibu berusia 35 tahun. Dia tidak pernah kerja seumur hidup dan tidak pernah mengharap orang lain. Tapi dia bekerja sana-sini besarkan kami tujuh beradik. Adik bongsu saya kecil lagi waktu itu, ibu baru lepas pantang.
“Setakat kita, macam saya sendiri yang baru perpisah (sebelum ini) dan mempunyai anak dua orang, tak kan tak boleh untuk bangkit seterusnya bina hidup baru. Kena tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita mahukan di dalam hidup,” katanya.
Pada majlis itu, Che Ta turut diumumkan sebagai sebagai duta sempena kempen Hari Wanita Sedunia Jols for Rozita Che Wan.
Menerusi kerjaya sama itu, Jols Luxe Fabrics mengakui sikap rajin dan semangat sebagai usahawanita yang dimiliki Che Ta menjadi ciri utama dia dipilih sebagai wajah wakilan untuk projek berkenaan.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.