Penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza diberi penghormatan apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.
Siti pada masa sama terus berazam untuk optimis memberikan yang terbaik buat semua peminatnya.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.
Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini.
Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Menerusi Instagram, Siti turut menitipkan dedikasi bersempena dengan berita gembira berkenaan.
Genap 35 tahun pada 12 September lalu, Siti Sarah menzahirkan ucapan istimewa buat suami, Shuib dan menyifatkan kasih sayangnya pada lelaki itu bukan hanya bersandarkan kepada paras rupa.
Penyanyi terkenal ini turut meluahkan penghargaan buat ibu mertua kerana berjaya mendidik seorang pelawak ini menjadi seorang lelaki Budiman.
“Sayang bile i tengok gamba ni i hampir tak kenal siapa ni.. padahal ni lah u dulu yg i kenal ..mengenali u bukan pada jasad u.. mengenali hati budi u.. yes im lucky.. syukur ya Allah kerana kau pinjamkan aku lelaki ini di dunia ini.
“Thank you mama melahirkan anak mama ni dan mendirik die menjadi lelaki yg baik.. happy birthday sayng .. i sentiasa dibelakang u mendukung cita2 u biar tinggi sampai kebintang i love u,” tulisnya.
Gaun yang digayakan penyanyi Jaclyn Victor pada minggu kelapan konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) pada Ahad lalu terus diperkatakan sehingga kini.
Pelbagai reaksi yang diberikan netizen berhubung dres berona ungu gelap rekaan Jimmy Couture itu malah ada yang menyamakan busana itu seperti ‘punggung’ sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian termasuk hos program tersebut, Nabil Ahmad.
Mengulas mengenai baju rekaannya itu, Jimmy menerusi laman Instagram miliknya menjelaskan, busana itu merupakan inspirasi daripada Antique American Victorian Dress yang popular sekitar tahun 1887.
“Kecoh pasal gaun Jaclyn Victor ya. Ini merupakan inspirasi daripada Antique American Victorian dress tahun 1887.
“Cuma saya ubah depan dress mermaid dan belakang saya buat hoop skirt.
“Tapi bukan senang juga nak potong dan jahit cantum bahagian depan dan belakang tu.
“Hoop skirt belakang tak terpisah dengan dress untuk dapatkan mood design ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam entri itu juga, Jimmy berkata menerusi pemerhatiannya, orang Malaysia sukar untuk menerima sesuatu kelainan fesyen yang cuba dibawakan sekiranya ia kelihatan sedikit unik dan pelik.
“Okaylah tak payah terangkan panjang lebar. Tak ramai yang faham bila kita reka baju by inspired.
“Di Malaysia susah nak terima kalau pelik sikit.. tapi saya gembira dengan tanggungjawab yang diberikan,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jimmy Couture
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan teguran yang dibuat terhadap pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial, pelakon Diana Danielle dilihat telah dikecam hebat netizen di apliaksi Tik Tok.