Penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan reaksi susulan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali meski tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, walaupun kenyataan agamawan itu disifatkan secara umum namun dia merasa terpanggil untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.
“Siapa orang itu nak letakkan saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan.
“Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT… nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi islam daripada mereka yang memakai tudung.
“Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Ads
Sebelum ini, menerusi sebuah video pendek memaparkan kenyataan Ifa tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Selain itu, Ifa turut menjelaskan dengan kesenangan yang dimilikinya kini, dia boleh sahaja pergi ke mana-mana negara lain tetapi Allah telah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.
“Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti.
“Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di Tanah Suci… sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain.
“Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj.
Ads
“Saya pergi umrah dengan keinginan saya dan dijemput oleh Allah bukan kerana saya ada duit atau tidak… tapi atas jemputan Allah SWT.
“Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikaikan kehendak Allah?
“Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baru dalam hidup semasa membuat ibadah.
“Membuatkan saya lebih baik dari dulu dan banyak luangkan masa dekatkan diri dengan Allah,” katanya lagi.
Ifa mengakui dia sudah lali menerima pelbagai kecaman dan kritikan sejak bergelar anak seni bermula 26 tahun lalu.
Ads
“Memang saya tahu buka aurat tu berdosa besar dan benda (menutup aura) wajib. Dalam live pun saya sebut doakan saya baik-baik, InsyaAllah saya berubah ke arah itu.
“Tapi bila orang seperti saya yang jahil ini lagi seorang pendosa bagi komen, semua orang tak boleh terima apa pandangan saya.
“Terpulanglah hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan.
“Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah.
“Dipuji pun saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap penyanyi berusia 23 tahun itu yang turut membawa nama ibunya ke pentas seni.
Dalam perkembangan lain, MK bersama ahli kumpulan K-Clique yang dianggotai Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas bakal mengadakan Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Turut sama terlibat di dalam konsert berkenaan ialah Ella, Hujan, Bunkface dan ramai lagi.
Video : Instagram Hot Fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Clarence House mengesahkan Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth positif Covid-19 selepas mengalami simptom ringan pada 22 Mac lalu.
Pewaris takhta berusia 71 tahun itu menjalani ujian saringan pada Isnin dan keputusan yang diumumkan pada Selasa menunjukkan dia dijangkiti.
Bagaimanapun isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall tidak dijangkiti wabak tersebut.
Kenyataan rasmi melaporkan, kedua-dua kerabat itu kini menjalani kuarantin di Scotland.
Menurut laporan, doktor mengesyaki putera raja itu telah terkena jangkitan sejak 13 Mac.
Terdahulu putera itu difahamkan telah menganjurkan sebuah persidangan yang turut dihadiri Putera Albert dari Monaco yang dilaporkan turut mengalami jangkitan virus Covid-19 minggu lalu.
Sumber : Sky News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga bekas juara Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanne yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 11 Februari lalu memberitahu pada fasa sekarang, fokus dan komitmennya hanyalah pada kerjaya.
Tidak mahu menolek ke belakang, bintang muda ini sebaliknya mahu bangkit dan meminta peminat agar tidak lagi mengungkit kisah lama yang pernah terpalit.
“Genap 19 tahun saya berdoa dan mengharapkan akan dilimpahkan rezeki yang lebih luas, dipermudahkan selepas ini. Mahu dan harap juga agar semua lupakan kisah lepas. Sebab saya sendiri sudah pun move on meski ada lagi sesetengah orang yang mengungkit.
“Saya sekarang hanya mahu fokus perihal susunan kerjaya seni sahaja selepas ini,” katanya kepada dihubungi MH.
Berkongsi mengenai kejutan sambutan hari jadinya beberapa hari lalu yang diadakan di Vortex Hotel Suites & Residences KLCC, gadis asal Kuala Lumpur ini menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai sokongan kuat dari rakan baik saat memerlukan.
“Sudah tentu saya rasa dihargai dan gembira. Mereka tahu di saat saya memerlukan seseorang ketika sedang bersedih, mereka ada di sisi.
“Saya tidak rasa sedih lagi…,” kongsi Haneesya yang baru sahaja selesai penggambaran telemovie terbitan Astro, Jihan Spooky Show.
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...