Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar nama Laudya Cynthia Bella atau lebih dikenali dengan Bella disebut-sebut di media sosial.

Ini adalah berkenaan khabar angin yang mengatakan bahawa Bella ini bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas suami penyanyi dan pelakon wanita terkenal Erra Fazira, Engku Emran.

Mungkin ada yang tidak mengenali siapakah Bella ini. Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi tentang Bella.

Siapa Laudya Cynthia Bella?

Sedikit info buat semua, Bella merupakan seorang pelakon dan juga bintang popular daripada negara jiran, Indonesia.

IKLAN

Antara filem yang dibintangi olehnya adalah seperti Syurga Yang Tak Dirindukan, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Di Bawah Lindungan Ka’bah, Assalamualaikum Beijing dan banyak lagi.

Siapa Laudya Cynthia Bella?

Selain daripada menjadi seorang pelakon, Bella juga merupakan seorang penyanyi di mana pada tahun 2006, Bella telah menyertai kumpulan vokal Melly Goeslow, BBB (Bukan Bintang Biasa), bersama-sama dengan Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Dimas Beck dan Ayushita.

IKLAN

Selama bergiat di dalam insdustri seni, Bella juga telah banyak memenangi anugerah dan anugerah pertamanya adalah pada tahun 2005 apabila dia dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Bandung dan sejurus selepas itu semakin banyak anugerah yang diterimanya.

Siapa Laudya Cynthia Bella?

Dahulu dia tidak mengenakan hijab tapi kini dia sudah tampil dengan imej berhijab dan semakin mendapat tempat di hati peminat.

IKLAN

Beralih ke akaun Instagramnya, terlihat jumlah pengikutnya mencecah 17 juta followers. Itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa popularnya Bella.

Penglibatannya di dalam industri seni sejak 1994 telah membuktikan kejayaan buat dirinya dengan apa yang telah dicapai olehnya sekarang ini.

Siapa Laudya Cynthia Bella?

Bella, dilahirkan di Bandung, Jawa Timur Indonesia pada tanggal 25 Februari 1988 dan kini menetap dia ibu negara Indonesia iaitu Jakarta.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI