Pagi ini heboh laman sosial media bercerita mengenai seorang pelakon lelaki terkenal yang sering menjadi hero di dalam drama, Shukri Yahaya, yang dikatakan telah menghantar pesanan ringkas berbaur godaan terhadap seorang wanita.

Shukri Yahaya Nafi Mesej Goda Wanita

Menurut sebuah sumber dari portal hiburan, Shukri telah menafikan perkara tersebut dan menganggap wanita tersebut hanya ingin mendapatkan perhatian daripada masyarakat dengan menggunakan cara yang tidak baik.

“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.

 

“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.

 

“Stop making stupid people famous,” katanya.

Wanita tersebut dikatakan turut mendakwa bahawa dia mempunyai bukti rakaman perbualan video yang telah di ‘screenshot’ semasa berbual dengan pelakon lelaki itu.

IKLAN

Shukri Yahaya Nafi Mesej Goda Wanita

Shukri Yahaya Nafi Mesej Goda Wanita

IKLAN

Namun Shukri mengatakan bahawa dia tidak mahu melayan perkara-perkara remeh sebegini dan dia juga turut memaafkan wanita tersebut memandangkan bulan ini adalah bulan yang mulia.

IKLAN

“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” jelasnya lagi.

Untuk info, Shukri telah bernikah pada 20 November 2015 bersama gadis pilihannya, Tya Adnan dan kini mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena.

Sumber: Mstar Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI