Walaupun ditimpa ujian yang cukup berat, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengambil pendekatan enggan menitiskan air mata di hadapan kedua-dua anaknya.
Menerusi perkongsian luahan di Insta Story, Shuhada, 29, berkata anak-anaknya akan berasa susah hati sekiranya melihat dia menangis.
“I love you sayang, buah hati ibu, peneman air mata ini budak.
“Dia cukup takut tengok air mata ibu mengalir, dia susah hati so tak boleh menangis depan Umar,” tulis Shuhada sambil memuat naik foto anak bongsunya, Umar yang sedang tidur.
Ads
Shuhada turut memuat naik video memaparkan seorang imam sedang menangis ketika sedang mengetahui sembahyang jemaah.
Menerusi video itu, Shuhada turut menulis luahan seolah-olah memujuk hatinya sendiri agar sentiasa kuat dalam berhadapan ujian dalam kehidupannya.
Ads
“(Menangis) bukan bermaksud kamu tidak dapat mengharungi ujian yang diberikan, menangis sahaja Shu, jangan risau. Allah sentiasa berada dalam hati kamu,” tulis Shu.
Ads
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan tarikh sebutan semula kes cerai Shuhada dan Hafidz pada 9 Mei depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung selama dua jam melibatkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Puteri Sarah, 38, tetap nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan Syamsul.
“Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini, saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, tak nak berdamai.
Menerusi sesi tersebut, Sarah diwakili adiknya, Sofea Megat manakala Syamsul pula diwakili sepupunya.
Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan penceraian dan sebutan pertama kes tersebut pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya itu kerana yakin masih ada sinar dalam hubungan mereka.
Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-duanya melantik wakil JKP bagi tujuan perbincangan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru, artis popular Thailand, Bright Vachirawit ada membuat kunjungan istimewa ke Malaysia bagi menghadiri acara produk penjagaan kulit yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Kehadiran Bright itu nyata mengundang rasa teruja di kalangan peminat di negara ini.
Malah, mereka turut membanjiri segenap ruang di bahagian Centre Court hanya untuk bersemuka dengan pelakon dan penyanyi tampan itu.
Bagaimanapun, tular pula sepotong video yang memaparkan pelakon, Sharifah Rose sedang bersalaman dengan Bright sewaktu bertemu di atas pentas.
Tindakan Rose itu nyata mengundang kritikan segelintir pihak yang merasakan dia tidak sepatutnya bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.
Ketika ditemui media, Rose menjelaskan dia bertindak sedemikian atas dasar hormat kerana Bright telah menghulurkan tangan kepadanya terlebih dahulu.
“Ketika acara tersebut berlangsung, saya tiada diberikan apa-apa penerangan. Saya pun sangat teruja pada waktu itu. Sewaktu di atas pentas, pada mulanya, saya hanya melambai sahaja.
“Namun, dia pula yang menghulurkan tangan untuk bersalaman. Saya rasa macam tak sopan pula kalau tak sambut salaman itu.
“Mungkin dia pun tak tahu budaya kita macam mana. Saya sambut pun atas dasar budi bahasa. Tiadalah berlebih-lebihan perasaan teruja itu,” katanya.
Pelakon drama Kekasih Hari Mr. Bodyguard itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 baru-baru ini.
Katanya lagi, orang luar bebas untuk berkata apa sahaja asalkan dia tahu tindakannya itu tidak berlebihan.
“Pada saya, itu perkara biasa. Netizen ini semua perkara mereka nak pertikaikan. Selagi saya tahu tindakan saya itu tidak berlebihan, saya hanya salam atas tanda hormat,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Rose memaklumkan dia berkemungkinan akan berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan terhadap bisnes tudung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Selain itu, dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama televisyen arahan pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay yang dijadualkan akan ditayangkan pada pada bulan ini di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dinobatkan selaku pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak 2022, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat isterinya, Elyia Ibrahim yang setia di sisinya disaat susah dan senang.
Menurut Ryan, isterinya itu sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyokong hasratnya untuk bergelar pembikin konten sebagai salah satu usaha meraih pendapatan.
“Ketika saya diberhentikan kerja pada tahun 2020, saya mula berniaga popia dan berniat untuk mula membuat video demi menjana pendapatan. Pada waktu itu, hanya ada seorang sahaja yang percayakan saya iaitu isteri saya. Ketika itu, kami belum berkahwin pun.
“Dia sanggup keluarkan duit sendiri bila saya nak set up alatan shooting seperti green screen, gimbal dan lampu studio walaupun gaji dia tak besar mana. Saya berjaya sampai ke tahap ini pun salah satunya disebabkan dia.
“Ketika waktu susah dahulu, kami perlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Jujur kata, kami memang tidak ada apa-apa pada waktu itu. Jadi, isteri saya sanggup gunakan nama dia untuk mohon pinjaman bank walaupun kami belum berkahwin,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Elyia akui tidak dapat menahan sebak saat nama Ryan diumumkan selaku pemenang anugerah.
Menurut Elyia, dia antara individu rapat yang melihat sendiri perjalanan Ryan sebagai pembikin kandungan sebelum diangkat sebagai antara pempengaruh media sosial dikenali ramai.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman belajar lagi. Kami masuk kerja pun sama-sama. Bila pandemik dan dia kena buang kerja, takkan saya nak tinggalkan dia.
“Jadi, saya tetap sokong dia. Bila dia bagitahu nak buat konten di media sosial tapi tiada modal, saya tak kisah keluarkan duit sendiri dahulu.
“Kami bermula daripada kosong. Bila nama dia diumumkan sebagai penerima anugerah, rasanya seperti kemenangan yang sangat bermakna,” kongsinya.
Ryan dan Elyia berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ryan akui sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak menuduh isterinya kerana dikatakan cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.
“Saya agak terkilan bila isteri saya sering dikecam bila saya bawa dia ke mana-mana acara. Orang kata isteri saya macam menyibuk dan nak tumpang glamour.
“Saya kesian sangat dekat dia. Mula-mula dahulu, saya memang marah sangat bila baca komen-komen negatif ini. Ini cara saya menghargai isteri saya.
“Saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Sebab itu saya halalkan dia secepat mungkin sebaik sahaja duit saya cukup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.