Seramnya MH bila dengar cerita pelakon Nur Fazura Sharifuddin yang diganggu pontianak di set penggambaran ‘The Legend of Pontianak’ baru-baru ini.

MH difahamkan bahawa ketika insiden tersebut, Fazura sedang berehat dan menikmati makan malam bersama krew.

Shooting Cerita Hantu, Fazura Diganggu Pontianak!

IKLAN

“Masa tu dah malam, saya tengah makan dengan beberapa krew lain, jadi saya gurau-gurau lah cakap ‘nanti ada pontianak datang melawat’.

“Kebetulan masa tu salah seorang krew cakap ‘ kalau nak tengok sangat pontianak ada kat belakang tu’. Cara dia cakap tu macam bergurau.

“Saya pun gurau-gurau tengok lah belakang, sekali memang betul ada, kat belakang saya masa itu ada pondok dan dia sedang berdiri di situ memakai baju kebaya sama seperti saya tetapi rambutnya menutup muka.

“Saya tak fikir apa terus sambung makan. Takut memanglah takut tapi saya cuba untuk tidak memikirkan perkara itu,” cerita semasa ditemui di Majlis Pra-Tonton Filem Televisyen Janji Zehan di GSC The Garden Midvalley, awal minggu ini.

Kalau MH lah di tempat Fazura, mesti dah pucat muka kalau ditenung macam tu, tak tahu kot ‘pontianak’ tu pun nak berlakon juga kan?

Shooting Cerita Hantu, Fazura Diganggu Pontianak!

IKLAN

Tapi, MH puji Fazura yang boleh kekal tenang dan melakukan kerjanya walapun tahu ada yang sedang ‘memerhati’. Bukan semua orang boleh kekal profesional tau.

IKLAN

Tambah Fazura lagi, sepanjang penggambaran pun memang akan kelihatan kelibat makhluk tersebut, memerhatikan mereka semua.

“Kadang-kadang memang nampak lah ‘dia’ ada, tapi tak pernah kacau…dia lihat sahaja,” katanya lagi.

Fuh, bila dengar cerita Fazura buat MH rasa lagi nak tengok filem ini. Turut membintanginya adalah Remy Ishak, Hisyam Hamid, Nadia Aqilah dan Tony Eusoff.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI