Lagu Secangkir Madu Merah nyanyian asal Amelina dan Sheeda yang dibawa kemas oleh Shila Amzah meletakkan dirinya sebagai peserta Gegar Vaganza ke-9 (GV9) yang paling meraih markah paling tinggi dalam saingan konsert minggu ketiga, malam tadi.

Shila memperolehi markah sebanyak 78.80 peratus sekaligus menjadikannya sebagai penerima anugerah Bintang Memukau Adabi, membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Bob Yusof ditempat kedua dengan 77.30 peratus dan Hazrul Nizam, 71.90 peratus.

Sementara Asheed yang mendedangkan lagu Yang Penting Hepi yang dipopularkan oleh Jamal Mirdad pula 71.60 markah.

Berikut senarai markah lengkap bagi kesemua peserta yang tinggal minggu ini;

SHILA AMZAH 78.80%

BOB YUSOF 77.30%

HAZRUL NIZAM 71.90%

ASHEED DEF GAB C 71.60%

IKLAN

JACLYN VICTOR 71.40%

TOMOK 66.80%

FUAD RAHMAN 65.90%

VE 61.90%

DINA NADZIR 61.70%

IKLAN

PAT CANDY 56.70%

TOM 55.50%

HAIDA HASNAN 53.40%

Shila Sukses Raih 78.80 Peratus & Haida Tersingkir Dengan 53.40 Peratus, Ini Markah Sebenar 12 Peserta GV9

Shila Sukses Raih 78.80 Peratus & Haida Tersingkir Dengan 53.40 Peratus, Ini Markah Sebenar 12 Peserta GV9

IKLAN

Artikel Berkaitan;

Kejutan Tomok Dapat 80.00 Peratus, Roy Kapilla Rendah 53.20 Peratus, Ini Markah Sebenar Diraih Semua 13 Peserta GV9

Penampilan Penyanyi Masih Aktif Di GV9; Ini Kenyataan Astro

GV9 yang berlangsung pada malam, Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi Fuad Rahmad dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tomok pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.

Dengan bertemakan ‘Pilihanmu, Okay Lock’, 12 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI