Selamat melahirkan cahaya mata sulung, doktor pakar bedah asal Malaysia yang kini bermastautin di London, Dr. Amalina Che Bakri tampil berkongsikan tips penjagaan diri selepas bersalin.
Tindakan Dr. Amalina, 35, yang sudah keluar berjalan bersiar-siar di taman bersama anaknya sebaik empat hari melahirkan Arabella Mia menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan pengikutnya di media sosial.
Berkongsikan caranya di laman Instagram, Dr. Amalina berkata dia mengamalkan penjagaan selepas bersalin mengikut saranan pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.
“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.
Ads
“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.
“Aktiviti seharian. Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama enam minggu.
“Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki, kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Doktor yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini juga berkongsi agar pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan intim selama enam minggu selepas isteri bersalin selain meminta para ibu untuk menjaga kesihatan mental dan menikmati detik-detik ‘motherhood’ dengan cukup tenang dan menggembirakan.
“Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama enam minggu selepas bersalin.
“Jaga kesihatan mental, jangan stres dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan suami dan keluarga.
Dalam perkongsiannya itu juga, Dr. Amalina berkata gaya hidup sihat perlulah diamalkan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin sahaja.
Ads
Sekadar info, Dr. Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejak Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arabella Mia yang dilahirkan pada awal Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dr. Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki ada berkongsi cerita selepas tamat menjalani satu pengambaran filem bertajuk Baik Punya Ah Long.
Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan memberitahu, ini merupakan satu impian bagi dirinya untuk merealisasikan filem istimewa ini.
Ini kerana, Afdlin memaklumkan pernah berjanji dengan rakan pelawak, Allahyarham Din Beramboi untuk menghasilkan filem komedi buat penonton.
“Aku di celah lobang!! Pengalaman yang yg penuh dugaan yg tak boleh di lupakan. Filem Baik Punya Ah Long adalah karya yg ku tulis sudah lebih kurang 8 tahun lamanya.
“Tak sangka impian untuk merealisasikan filem ni akhirnya menjadi kenyataan. Kadang kadang aku tertanya buat filem ni untuk apa sebenarnya
“Banyak sebabnya, untuk dikongsikan semua.
“Tapi antaranya, janji kepada arwah din beramboi, rindu bercerita pada penonton cerita-cerita pelik aku yg menghiburkan.
“Lama tak melepaskan pandangan terhadap isu isu sosial yg sedang berlaku di negara ini.
“Tq Astro Shaw dan Petra Vision Works atas kepercayaan ini. Sekarang ni jom kita fikirkan tentang masaalah panggung pulak dan bagaimana nak mempertontonkan filem filem ini. #baikpunyaahlong #astroshaw #petravisionworks,” tulisnya.
Terdahulu, arwah Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Miod Badri meninggal dunia pada 2 April 2010 akibat terkena jangkitan kencing tikus.
Baik Punya Ah Long menampilkan Zizan Razak sebagai pelakon utamanya selain Carmen Soo, Aziz M. Osman dan ramai lagi.
Foto: Instagram Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa menafikan pernah melakukan perkara tak senonoh di tempat awam, iaitu bercium dan berpelukan di tempat awam dengan seorang lelaki berstatus suami orang seperti yang didakwa netizen.
Kontroversi mengenai perkara tersebut ditanya oleh salah seorang pengikutnya di Instagram yang membayangkan bintang Geng Mak-Mak itu ada melakukan perkara tersebut di sebuah pusat membeli-belah popular.
Komen tersebut antara lain turut bertanya sama ada individu yang turut merengek meminta dibelanja kaca mata mahal adalah dirinya.
Tidak hanya berdiam diri, Fatin dilihat ada meninggalkan komen balas.
Fatin menjelaskan, dia jarang berkunjung ke pusat beli-belah terkenal seperti yang diperkatakan.
“Saya adalah manusia yang paling jarang ke pusat beli-belah KLCC. Tetapi, tidak mengapa kerana lebih banyak fitnah saya terima, lebih banyak pahala yang saya dapat.
“Saya menikmati setiap apa yang dilalui kini dan menyerahkan kepada orang di luar sana untuk menjalankan kerja,” jawab Fatin.
Terdahulu, MH ada cuba menghubungi ibu kepada dua cahaya mata ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut, bagaimanapun gagal apabila Fatin tidak menjawab teks dan panggilan.
Tular sejak semalam, Fatin didakwa sekali lagi kantoi curang apabila menjalinkan hubungan dengan suami orang dan kisah kecurangan berkenaan dikatakan telah dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit menerusi Twitter.
Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013.
Mereka kemudiannya bercerai talak satu pada 20 Mei 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya Ivy Herra Sophia.
Wanita ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi yang kini sedang mengikuti pengajian dan menetap di Kota London, Diddy Hirdy ada berkongsi foto salah satu babak kemalangan yang dilakonkan menerusi filem Sunti, beberapa tahun lalu.
Terpapar, adegan bintang tersebut yang berlumuran darah berada dalam keadaan kereta yang terbalik.
Lalu, penyanyi lagu Bukan Bahagiaku itu pada masa sama, turut menasihati pengikut agar memandu dengan selamat.
“Selamat berhujung minggu semua. Pada yang memandu tu, berhati2 dijalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui.
“Jangan salah paham. Gambar kat atas ni bukan real accident, hanyalah lakonan semata2 dalam filem Sunti tahun 2014. Diddy tak pernah accident kereta sampai teruk macam tu tapi pernah jugak la terlanggar sikit2 kat mana2, kereta kemek, tapi tidak la pernah tercedera.
“Berperluang masuk dalam kereta yang dah kemek, kaca bertaburan adalah satu pengalaman ngeri dan berharga untuk dalam bidang lakonan. Sedikit sebanyak merasa bagaimana berada dlm kereta, tersepit bila nak menyelamatkan diri. (tapi tak lah tersepit pun, acah2 je sebab berlakon!
“Jadi, pesanan Diddy disini, drive safely dan ingat lah orang yang tersayang. Juga, bertolak ansur, berhemah dan patuhi la undang2 jalan raya supaya dapat mencipta keharmonian di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selama,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #pesanankhidmatmasyarakat.
Foto: Instagram Diddy Hirdy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim tampil menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah selepas isterinya, Siti Khalizah Alihan, dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,...