Penyanyi, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai Mohd Zulkifli pada majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tepat jam 10.26 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pasangan itu dinikahkan bapa Shila yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala di hadapan jurunikah Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.
Ketika ditemui media, Shila menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahan pada hari ini telah dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis pernikahan pada pagi ini. Kami mengharapkan agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Yang paling penting sekarang adalah kami dapat menjaga Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ubai memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Sementara itu, pasangan ini memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua.
Ads
Dua majlis resepsi bakal diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti Farah Fauzana, Zara Zya dan Haziq Hussni.
Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Shila juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas ahli kumpulan Elite, Watie Sadali bersetuju untuk membayar ansuran lebih RM2,000 sebulan kepada Hana Adnan bagi menyelesaikan hutang tertunggak.
Memetik Berita Harian, saman penghutang penghakiman itu difailkan Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan pada 18 Mei 2017 susulan keputusan Mahkamah Sesyen Selayang pada 10 Mac 2015 dalam kes saman induk yang memerintahkan Watie membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83.
Ganti rugi itu dituntut Hana kerana mendakwa Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali gagal menjelaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kereta Toyota Wish.
Melalui persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak hari ini, Watie yang kini aktif berlakon drama bersetuju membuat pembayaran ansuran lebih RM2,000 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang berjumlah RM796,000 termasuk faedah kepada Hana.
Dalam prosiding itu, Watie diwakili peguam Aqila Zulaiqha Zulkifli. Kedua-dua mereka tidak hadir di mahkamah.
Dalam saman penghutang penghakimannya itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap jika Watie gagal hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan kegagalannya membayar hutang itu.
Dalam pernyataan tuntutannya melalui saman induk, Hana berkata, beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kenderaan terbabit pada September 2005 untuk Watie kerana Watie tidak layak membuat pinjaman.
Menurut Hana, selepas memiliki kenderaan itu, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk tidak membuat bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank yang menyebabkan Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ternyata bukan sahaja manusia boleh mengembara ke serata dunia, malah kucing ini membuatkan ia tidak seperti kucing biasa yang lain.
Sukii adalah kucing Bengal yang cantik dari Kanada yang tidak takut untuk menjalani pengembaraan besar. Malah, Sukii adalah kucing yang tidak takut pada air.
Bukan itu sahaja, Sukii juga akan kelihatan sangat elegan dengan setiap langkah yang diambilnya dan mempunyai gambar yang sangat photogenik. (cari ejaan betul)
Dari perjalanan menaiki kanu hingga ke padang rumput, setiap tempat dirakam membuat kaki travel cemburu melihatnya.
Selain itu, Sukii suka menjelajah hutan, berlari di padang rumput yang dipenuhi bunga, duduk di tepian hutan, melihat pemandangan dari atas tebing,menjelajah gunung dan bahkan ikut mendayung bersama dengan pemiliknya.
Dalam pada itu, Sukii mempunyai lebih dari 205 ribu pengikut di Instagram.Dengan warna bulu yang cantik dan matanya yang unik, Sukii disukai ramai dan akan meraih lebih dari 30 ribu likes setiap entri baru yang dimuatnaik.
Rata-rata pengikutnya berkata Sukii bertuah memiliki tuan yang suka mengembara dan membawanya ke mana sahaja.
Jom lihat foto Sukii, bersiaplah untuk cemburu padanya, nampaknya kucing ini mempunyai pengalaman traveling yang lebih menarik daripada anda :
Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada berkongsi satu rakaman video ketika melakukan kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann yang ke-27.
Menerusi rakaman video tersebut, bekas hos rancangan Melodi itu dengan sengaja menghadiahkan sebuah kamera digital spefikasi rendah, yang mana ia difahamkan tidak seperti yang diidamkan pelakon kacukan itu.
Dalam video tersebut, Dini kelihatan ‘berpura-pura’ menyukai dengan hadiah pemberian Janna.
“I memang tak reti beli2 barang2 gadget-gadget ni. Kalau camera/phone ke apa memang dini yang akan buat research & beli.
“So on his birthday I beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab I dah beli…
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.