Bermula daripada seorang peminat tegar, siapa sangka hubungan diantara pempengaruh, Ubai dan penyanyi terkenal, Shila Amzah akhirnya sampai ke jinjang pelamin.

Ketika ditemui media selepas majlis akad nikah, Shila berkongsi semula kisah ibu Ubai yang bercerita tentang minat mendalam anaknya itu terhadap Shila.

Menurut Shila, Ubai sering memasang albumnya ketika didalam perjalanan pulang ke kampung sehingga keluarganya sudah naik jemu untuk mendengar lagu-lagu Shila.

“Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai

“Ini cerita kalakar. Kalau arwah mak masih ada, dia nak bagi ucapan dan ceritakan sendiri kisah ini kepada semua. Ketika tahun 2014, Ubai ini asalnya merupakan peminat Shila Amzah tapi dari jauh.

“Selepas itu, dia beli album saya yang ada lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta. Kemudian, mak bagitahu yang dia dulu macam dah nak pengsan bila dengar lagu Shila Amzah.

“Kalau balik kampung, dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, memang album Shila sahaja dia akan pasang selama berjam-jam tu. Bayangkanlah kena dengar ulang-ulang,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Ubai memaklumkan dia mula mengorak langkah berani untuk mendekati Shila menerusi aplikasi Tik Tok.

IKLAN

“Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai

“Perkenalan kami bermula di Tik Tok. Dia layan sebab pengikut dia sikit sahaja di media sosial. Ketika itu, dia pun di dalam fasa ‘healing’ disebabkan masalah peribadi. Dia ada buat satu sesi siaran langsung di Tik Tok dan minta pengikutnya menyanyi bersama.

“Saya tak tunggu lama dan ikut serta sesi siaran langsung tersebut. Walaupun suara tak sedap asalkan dapat dekat dengan Shila. Saya hanya merancang perkenalan ini. Selebihnya Allah yang tentukan,” ujarnya.

Kongsi Ubai lagi, perancangan Allah SWT seakan memihak kepadanya apabila dia berpeluang bekerjasa sama dengan Shila menerusi sebuah program terbitan Astro.

“Nak dijadikan cerita, saya dapat kerja di Astro. Kemudian, saya dapat tahu Shila akan sertai satu program di Astro iaitu All Together Now Malaysia.

IKLAN

“Pada mulanya, saya tak dapat nak jaga program tersebut tapi saya usaha dan cari jalan sampai bos saya izinkan untuk saya sertai team belakang tabir. Di situlah hubungan kami makin akrab,” kongsi Ubai lagi.

“Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai “Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai

Ditanya mengenai harapannya untuk perkawinan kedua ini, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dirinya mahu membuka lembaran baharu dan enggan menoleh ke belakang lagi.

“Tiada apa lagi yang saya nak pandang dari perkahwinan terdahulu. Bila berkahwin dengan Ubai, saya percaya ini merupakan lembaran baharu untuk kami berdua.

IKLAN

“Segalanya rasa baharu dan saya kena mempelajari segala hal-hal baharu. Kita pun sudah berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk satu sama lain. Kami kena banyak bersabar.

“Kena ingat balik, bermula daripada fasa bercinta, bertunang dan berkahwin, jalannya memang berliku. Hal ini akan menjadi penguat semangat dan motivasi kami,” kongsi Shila lagi.

“Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai “Pasang Album Dari KL Ke Kelantan, Ibu Naik Jemu,” – Dari ‘Die Hard Fans’ Kini Jadi Suami, Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ubai

Terdahulu, Ubai dan Shila telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Sekadar informasi, Shila juga ibu tunggal itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI