“She’s Very Talented!,”-  Ini Reaksi Penonton Korea Bila Lihat Sarah Suhairi Nyanyi Lagu Dangdut

Share

Penyanyi remaja, Sarah Suhairi baru-baru ini telah menunjukkan bakat nyanyiannya di Korea. 

Ketika itu, penyanyi yang popular dengan lagu Rise & Fall itu membuat persembahan lagu Senggol-senggolan, Cubit-cubitan nyanyian asal Mas Idayu.

Lebih menarik, ribuan penonton Korea terhibur dengan persembahan tersebut lalu memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai persembahan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kehebatan penyanyi berusia 19 tahun itu.

Lebih teruja, apabila Sarah berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Korea ketika memperkanalkan dirinya sebelum memulakan persembahan.

Sekali gus, membuatkan penonton Korea teruja dan seronok melihat persembahan hebat dari penyanyi kelahiran Selangor itu.


Video : Youtube Blimey

IKLAN