Sharnaaz Nafi Dakwaan Tiada Tawaran Berlakon

Terbaru, menerusi akaun Twitter Sharnaaz telah dilihat  memuatnaik satu retweet terhadap sebuah akaun Twitter milik satu portal online.

Di status retweetnya itu dia telah membetulkan kenyataan portal online berkenaan yang mengatakan Sharnaaz pelik kerana tidak menerima tawaran berlakon.

“Pembetulan, bukan xdak tawaran, tapi kebanyakan drama x mencabar kebolehan sy, cth tajuk cerita, “Bedah Apam lembab” ?!Get ur facts right!,” tulis Sharnaaz.

Nampaknya begitu tegas pembetulan kenyataan yang dibuat oleh Sharnaaz ini dengan menafikan bukan dirinya tidak mendapat sebarang tawaran namun kebanyakan tawaran yang diterimanya tidak mencabar kebolehannya sebagai pelakon. Yang bermakna, Sharnaaz mahukan watak-watak yang lebih mencabar dan lain daripada lain. 

IKLAN

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan tentang drama Suamiku Encik Sotong yang pernah diterajui oleh Sharnaaz.

Soalan itu seolah-olah ingin ditanya kepada Sharnaaz, adakah ianya cukup mencabar kebolehannya.

IKLAN

Namun ada peminat Sharnaaz yang telah menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan sudah tentu lakonan pelakon tersebut dalam drama berkenaan dianggap mencabar kerana bukan senang seorang lelaki untuk membawa watak lelaki lembut.

Sumber: Twitter Sharnaaz Ahmad