Penghujung bulan lalu pelakon wanita, Sharifah Sakinah telah selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Anais Adha.
Menerusi laman instagramnya baru-baru ini, Sakinah telah dikecam netizen setelah dia berkongsi gambar dirinya yang masih lagi dalam proses berpantang selepas bersalin dengan kapsyennya ‘ponteng pantang tepi lift’.
https://www.instagram.com/p/BVJ9gJbAn7Q/?taken-by=sharifah_sakinah
Kapsyen dan gambarnya itu telah mendapat perhatian daripada segelintir netizen yang rata-rata telah meninggalkan komen nasihat dan tidak bersetuju dengan tindakan pelakon itu.
awinz_yusof: Kak kina..np x ikat rambut tu kak..masuk angin sakit pale nnti kak..akk olwez gojes..huhuhu
lilliy_lock508: Seriau tgok kinah pakai lengan pendek selamat bpantang 45hari
anwar9224: ponteng pantang takut urat akan meyebab sakit bertambah bila tua atau muda @sharifah_sakinah
syantieeahmad: septt nya anak pertama kta wanita mmg perlu pantang sebaik yg mungkin..sebyk 44urut dlm bdn kta putus sebaik saya kta melahirkan anak..itu disebabkn kta mesti berpantang selama 45ari..dlm 45ari tu kta perlu jaga permakanan kta.tingkah laku.. bak kata nenek saya..sekarang mmg lah engkau tak rasa apa2 nanti bla dh umur semakin meningkat..mula lah sakit satu bdn..sakit kepala..kalau dpt ikut lh pantang yg betul yer..
Namun ada juga segelintir yang menyebelahi tindakan Sakinah itu.
maree_zaanaa: Dia bergambar je tuh.. rindu nk sarung gear ke gymm.. ambik mood nak senam untuk santek ya ke idok dak sakinah oooi.. jangan kecam dia..nasihat baik2 udoh lew..
nadia_ashrina: Alahai coments, pls la. Tgk die pntang ok jer. siap ad CL jaga lgi kan tiptop. Lgipun czer kna jalan2 xbgi drah beku.
syaza_zazaa: @syantieeahmad takkan 44hari 24jam nk tidoq kot, kena jalan jgak, nnty darah x jalan la, mcm sy operation, lepqs 4jam operate doktor sruh jalan, klau duk syp ja lg la darah mngalir x btul
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui. Apa pun semoga proses pantang Sakinah berjalan dengan lancar sehingga ke hari terakhir dan jaga diri ye.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI