Tular di media sosial tentang luahan hati penyanyi lelaki, Shahir yang mengatakan mahu menarik diri daripada pentas akhir program nyanyian AF Megastar yang bakal berlangsung Ahad nanti.

Menerusi satu sumber, pihak produksi rancangan terbabit berkata mereka sedia maklum dengan perkongsian luahan hati Shahir itu.

“Kami di pihak produksi AF Megastar kini sedia maklum mengenai status yang dimuat naik oleh Shahir di ruangan media sosial beliau sebentar tadi (semalam),” ujar pihak produksi.

Namun begitu, pihak produksi merasakan bahawa tulisan Shahir itu hanya sekadar luahan peribadi penyanyi itu sahaja.

Malah pihak produksi yakin Shahir merupakan seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang telah diberikan oleh peminat kepadanya.

“Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini,” kata pihak produksi lagi.

Semalam, Shahir telah memuat naik satu screenshot di akaun Instagram yang tertulis luahan hatinya.

Dalam tulisannya itu, dia mengatakan ada pihak yang cuba mensabotaj dirinya dan tidak senang melihat rezeki yang diberikan ALLAH SWT kepadanya.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bg rezeki pd saya.. cubaan sabotaj demi sabotaj utk menutup periuk nasi saya. Baiklah.. demi merealisasikan impian mereka utk menghancurkan karier saya insyaAllah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir afmegastar..,” tulis luahan hati Shahir.

Namun begitu sokongan demi sokongan diberikan kepada penyanyi ini oleh para peminatnya. Pelbagai komen positif telah Shahir terima menerusi ruangan komen perkongsian Shahir itu agar penyanyi ini tidak menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI