Demi kebaikan bersama, hos popular Datuk Seri Aznil Nawawi berpesan kepada selebriti supaya mengambil tahu tentang apa sahaja produk yang dipromosikan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan.

Menurut Aznil, golongan berkenaan juga sebaiknya perlu elak untuk memberikan ‘janji’ kepada orang ramai bahawa produk yang mereka wakili itu dapat menyembuhkan sesuatu penyakit.

“Saya menghormati apa yang Dr Rafidah lakukan dengan memberi teguran kepada mereka (selebriti) yang mengeluarkan atau mewakili sesuatu produk. Sekurang-kurangnya ada pemantau dalam hal ini.

“Cuma, janganlah hina golongan artis kerana mereka memerlukan sumber pendapatan dan dalam masa sama ilmu mengenai produk yang diwakili perlulah ada.

“Lagi satu, jika seseorang artis itu dilantik sebagai duta atau mengeluarkan produk (khususnya suplemen kesihatan), janganlah kata yang produk mereka boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

“Sebab ia boleh menyebabkan tiada orang nak jumpa doktor,” katanya yang juga duta suplemen kesihatan syarikat Eskayvie.

IKLAN

“Setiap Individu Tak Boleh Culas Soal Ini,” – Overclaimed Produk, Aznil Nawawi Beri Pesan Pada Semua, Termasuk Selebriti “Setiap Individu Tak Boleh Culas Soal Ini,” – Overclaimed Produk, Aznil Nawawi Beri Pesan Pada Semua, Termasuk Selebriti

Terdahulu, Aznil mengulas mengenai kenyataan Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah yang menegur berhubung iklan promosi produk kesihatan yang dilalukan selebriti tertentu.

Aznil pada masa sama berharap agar orang ramai tidak meninggalkan ubat doktor jika mengambil mana-mana suplemen atau makanan tambahan untuk kesihatan.

IKLAN

“Setiap individu tidak boleh culas soal ini. Ubat adalah benda yang menyembuhkan manakala suplemen adalah untuk mempercepatkan penyembuhan dan bukan menyembuhkan,” katanya.

Dalam masa sama, Aznil turut menjelaskan, setiap selebriti yang dilantik menjadi duta produk perlu ada pendirian dan pendapat tersendiri.

“Kalau saya memang pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen, kerana saya sedar gaya hidup dan pemakanan seperti pengambilan sayur dan buah tidak mencukupi menyebabkan saya memerlukan nutrisi sokongan.

IKLAN

“Kalau saya bukan pengguna dan tak percaya dengan produk saya tak akan menjadi duta produk Eskayvie. Tambah pula, produk ini diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob yang pastinya arif berkenaan dos bahan aktif dan kesan setiap nutrisi yang disarankan,” katanya lagi.

Aznil ditemui media pada majlis pelancaran produk terbaharu Eskayvie, i-Qids, di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/IhpdIBhupEQ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI