Sukar mengekalkan momentum lantaran kisah hitam yang melanda suatu ketika dahulu, Azizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan menjelaskan, dia akui masih tersisa emosi dengan kekusutan yang melanda.

Walaupun dua tahun telah berlalu, jelas Ammar, masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan bekas bintang sukan terkenal negara itu.

Memang ia menganggu emosi namun saya sedar dugaan datang daripada Allah. Sehingga kini masih ada lagi pihak yang mengaitkan saya dengan kontroversi tersebut, namun bagi saya apa yang sudah terjadi, biarkan terjadi.

“Daripada situ pembelajaran penting dalam hidup bagaimana memilih kawan,” ulasnya ketika ditemui pada majlis Taklimat Media Pop Yeah Yeah di Public Space, Balai Berita NSTP, pada Khamis.

IKLAN

Lalu, ‘cuti panjang’ dalam kerjaya dimanfaatkan sepenuhnya dengan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Malah, ulas lelaki berusia 30 tahun ini lagi, dia bahagia dapat meluangkan masa bersama keluarga.

IKLAN

Sepanjang berehat, saya lebih banyak luangkan masa untuk keluarga. Buang individu toksik dalam hidup dan merapatkan diri dengan orang positif kerana mereka yang akan bantu kita untuk move on.

“Saya memilih untuk tidak berhenti kerana memegang kata-kata ‘don’t stop when you are tired, stop when you are done.” Ini proses pembelajaran saya. Walaupun kekurangan tawaran namun saya reda,” tuturnya kepada MH.

IKLAN

Sepanjang detik hitam dalam kerjaya, bapa kepada seorang cahaya mata ini akui dia lebih mentikberatkan soal ekonomi keluarga, tiada lagi gaya hidup mewah dan siapa sangka, bersederhana lebih memudahkan kehidupan.

“Sebelum ini isteri yang uruskan kewangan, namun apabila kurang tawaran, saya mula ambil tahu soal ekonomi keluarga. Saya mula memilih apa keperluan yang penting dan hasilnya, setiap bulan, hampir RM2,000 dapat dijimatkan.

“Dan saya sedar, hidup bersederhana lebih mudah dan seronok daripada banyak menanggung hutang. Bagi saya, biar cukup daripada papa asal bergaya,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI