Balu kepada arwah pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali tampil melakukan sedekah berbentuk makanan Mee Kari dan Bihun Sup untuk dihidangkan kepada pelanggan gerai miliknya yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Difahamkan, niat murni Hidayah adalah untuk berkongsi rezeki bersama orang ramai itu oleh kerana sudah genap setahun pemergian arwah Abam, hari ini.

“Genab hari ini 10.02.2021, 1 tahun allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar. Saya tak buat Majlis Tahlil memandangkan pandemik covid-19 dan masih pkp.

“Jadinya saya ada tempah Mee Kari dan Bihun Sup dari adik saya dan adik ipar saya @zainuddin_94 dan @farhana_2709 untuk saya sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya hari ini (Rabu, 10/2/2021).

IKLAN

“Saya niatkan untuk Allahyarham suami saya, Syed Umar Mokhtar, & Allahyarham Abang2 saya Rosli, Azmi, & Ismail Mohd Ali.

“Semoga Rohnya mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

“Jemput semua datang ke kedai saya, No.19, Medan Selera MDSB, HidayahAbamHamzah, Jalan Tebedu, Sabak Bernam, Selangor,” tulisnya sambil disertakan beberapa hashtag.

IKLAN

Setahun Pemergian Abam, Hidayah Sedekah Mee Kari & Bihun Sup Buat Pelanggan Kedai – “Saya Tak Buat Tahlil Memandangkan…”

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

IKLAN

Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Foto: Instagram Nor Hidayah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI