Pengacara dan pelakon, Elly Arifin mendedahkan dia bersama bekas suami yang juga merupakan pelawak, Jiggy masih mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah hampir setahun mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Menurut Elly, perpisahan tersebut berlaku dengan cara yang baik dan mereka masih menghormati antara satu sama lain.
“Bismillahirrohmanirrohim… 30hb Januari genap SETAHUN elly dan BEKAS SUAMI @jiggymasin bercerai dengan talak satu sejak 30 Januari 2020.
“Kami tak gaduh dan masih kekalkan hubungan yang baik tanpa bermusuh. Kami berpisah secara baik dan masih menghormati sesama sendiri. Malah kami kini lebih selesa menjalani kehidupan kami sendiri sekarang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Hlive itu menerusi entri terkini yang dimuat naik menerusi laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Elly turut berharap agar orang ramai jelas mengenai perkara tersebut dan tidak lagi membuat sebarang spekulasi lebih-lebih lagi apabila melihat mereka berhubungan bersama orang lain.
“Kenapa elly naikkan posting ni? I know I ain’t nobody. Bukan nak create drama atau nak dapatkan publisiti murahan tapi sebab ramaaaiiiiii sangat yang salah faham dengan status sebenar kami sejak tahun lepas dan mula timbulkan pelbagai spekulasi bila kami berkawan dengan manusia lain.
“Jadi Elly terpanggil untuk bagitau lagi sekali supaya takde orang tanya soalan yang sama berulang kali dan menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Elly turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan buat dirinya selama ini.
“Anyways, thank you so much kepada kengkawan media yang baik hati sebab sudi mewar-warkan perkara ini untuk elak fitnah dan salah faham in the future.
“Apa-apa pun elly harap korang yang membaca ni pun dapat hormati kami dan tidak keluarkan hamburan yang memedihkan di social media kami because u have no idea what we’ve been through all this while.
Ads
“Thank you so much for your endless support guys and you know that we will always love you guys forever. Please stay safe! Kita jaga kita,” akhirinya.
Elly, atau nama sebenar, Nurul Elyana Kamalul Arifin dan bekas suami, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu.
Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Sumber: Instagram Elly Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konvoi lapan lelaki warganegara Singapura yang masuk ke Malaysia untuk bersahur di Pagoh, Muar bertukar tragedi apabila mereka dirempuh sebuah lori kontena di kilometer 111.4 lebuh raya utara-selatan pada 23 Mac yang lalu.
Dalam kejadian itu, lori kontena yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kumpulan tersebut yang berhenti di lorong kecemasan apabila motosikal salah seorang daripada mereka pancit.
Akibat daripada rempuhan itu, dua daripada lelaki warga Singapura meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat yang lain cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Salah seorang yang maut adalah Muhammad Shahfiq Irman, 26, yang merupakan seorang penyanyi dan juara pertandingan realiti nyanyian popular di Singapura, Anugerah bagi edisi tahun 2017.
Menurut laporan Berita Mediacorp dalam temu bual bersama adik allahyarham, Syah Riszuan, abangnya ketika ini tidak aktif sebagai penyanyi dan baru sahaja menamatkan latihan khidmat negara.
“Arwah abang saya baharu sahaja selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium swasta. Arwah tidak aktif dalam bidang nyanyian buat masa ini,” kongsi Syah Riszuan.
Jenazah telah dikebumikan pada Ahad, 24 Mac di Pusara Aman sekitar jam 11 pagi. Sekadari info, Allahyarham Shahfiq merupakan graduan Diploma dalam bidang muzik dari Kolej Seni LASALLE.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Dayana Roza ada meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan negatif segelitir netizen yang gemar merakam video sesuatu insiden terlebih dulu sebelum melakukan hal yang sepatutnya.
Dayana atau nama lengkapnya Nur Dayana Kamsun Baharin berpendapat, tindakan sedemikian tidak wajar untuk dilakukan oleh wargamaya masa kini.
“I DELETE VIDEO TU SEBAB TAK SANGGUP TENGOK KEADAAN ARWAH & DEMI MENGHORMATI ARWAH TAK ELOK POST LAMA-LAMA. CUKUP LA I DAH LUAH PERASAAN.
“JADI MARAH SANGAT DENGAN TUKANG RAKAM & VIRALKAN. SEMOGA BUDAYA RECORD DULU BARU TOLONG KAT MALAYSIA NI TAKDE DAH LEPAS NI. JADI LA MANUSIA YANG GUNAKAN AKAL, HATI & PERASAAN ELOK-ELOK,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 30 tahun ini berharap agar orang ramai untuk tidak menunding jari mencari kesalahan orang lain dengan sewenang-wenangnya.
Ini kerana, tindakan tersebut mungkin boleh menimbulkan fitnah dan memberikan kesan yang buruk kepada orang sekeliling.
“DAH 2022, JANGANLA NEGATIVE SANGAT, SUKA MENUDUH, FITNAH, TU SEMUA KENA BUANG SEBAB MUNGKIN KITA PANDANG ORG TU JAHAT TAPI KITA TAKTAU KEBAIKAN YANG DIA BUT LAGI BANYAK DARI KITA.
“SIMPAN PHONE, HULURKAN TANGAN TOLONG ORANG DALAM KESUSAHAN. TAK VIRAL ORANG TAK NAMPAK TAKPE. ALLAH NAMPAK,” tulisnya lagi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Pelakon Emma Maembong mendedahkan dirinya selalu mengimpikan sebuah keluarga sendiri.
Malah, rasa teruja itu sering hadir andai mendukung permata hati kakak atau abangnya yang baru lahir.
Menitip kata di Instagram, Emma turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki zuriat selepas lebih tiga minggu mendirikan rumah tangga.
“Ihave always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach.
“Masa ni after 3weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening. all i really want to say is.
“Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner,” tulisnya pada perkongsian video yang merakamkan dirinya memangku bayi pada hari bahagianya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Muat naik itu ditonton lebih 700,000 kali bersama ratusan komen yang rata-ratanya tidak sabar menantikan ahli keluarga baru dalam hidupnya selain mendoakan agar dipermudahkan urusan.
Imbas kembali, Emma mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Noor Neelofa mengakui pada awal, dia sekeluarga agak berat untuk menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengidap penyakit kanser payu dara.