Pelakon, Nadzmi Adhwa ada berkongsi momen anaknya, Arwa Malaikha Urwa yang kini sudah mula bertatih meski baru sahaja mencecah usia 10 bulan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi entri di Instagram, Nadzmi atau nama lengkapnya, Nadzmi Adwa Nor Adzmi menzahirkan momen manis itu bersama peminat.
Anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid ada berkongsi wajah cahaya mata kedua penyanyi berkenaan yang selamat dilahirkan pada pukul 6.21 pagi Isnin.
Berkongsi berita gembira itu menenerusi Instagram, Asyaf turut memaklumkan proses kelahiran berjalan lancar dan mendoakan agar Allah SWT permudahkan urusan.
“Pagi ini, saya menerima seorang lagi adik lelaki seberat 3.84 kilogram. Alhamdulillah, bayi sihat dan segalanya nampak baik.
“Tahniah ayah dan Mak Iti. Syukur segalanya berjaya lancar untuk Mak Iti.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti dan ayah untuk membesarkan anak yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti pada agama kita, keluarga kita dan seluruh umat Muhammad,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut sama teruja dan memuji kecomelan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram ketika dilahirkan itu.
Malah, kebanyakannya juga turut menitipan ucapan tahniah beserta doa buat Siti seisi keluarga.
“Alhamdulillah… Syukur… baby sihat.. comel sangat,” titip seorang peminat.
“Pipi….,” tulis seorang peminat lainnya beserta emoji.
“Alhamdulillah, tahniah @ctdk. Semoga Allah jadikan anugerah ini anak yang soleh serta penyejuk mata ibu dan ayah. Amin,” satu lagi titipan doa daripada peminat.
“Comelnya, bulat dia. Ahamdulillah,” antara komen yang turut terpapar.
Sementara itu, pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd menerusi satu kenyataan menjelaskan, penyanyi lagu Anta Permana anak yang baharu dilahirkan itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
Sekadar informasi, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006, dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Penyanyi HaelHusaini kinimuncul dengan single terbaharu,Nuraga yang berunsurkerohanian, padat denganmesejmendalampenuhkesedaran seiring dengan kedatangan Ramadan tahun ini.
Memanjatkan rasa syukur, Hael pada masa sama turut menjelaskan Nuraga bukanlah spesifik untuk didengari sepanjang bulan kemuliaan ini.
Sebaliknya ia sesuai menjadi halwa telinga pada bila-bila masa berdasarkan kepada mesej yang diterapkan menerusi single berkenaan.
“Alhamdulillah, syukurrasanyaapabiladapat kembalibekerjasemulawalaupunkitamasihberadadalamfasa PerintahKawalanPergerakan (PKPB), namunbegitu kebanyakan masa lapangketika ini sayahabiskan di studio denganmenyiapkanbeberapaprojek yang masih belumbolehdiumumkanlagi.”
“Demam AJL yang melanda negara telah pun reda, pelbagai rintanganterpaksa kami lalui demi menjayakannya, dan kini tiba masa yang sesuaisayakembalidengankaryaterbaru yang diberijudulNuraga.
“Walaupun single inidilancarkan dalam waktu terdekat ini, namun iabukanlahsebuah laguspesifikke arah Ramadan danialebihkepadanasihat yang bolehdidengar pada bila-bila masa.
“Nuragabermaksudsifatbelaskasihanatauperasaansimpati, iabertepatandengansituasi yang sedangkitahadapisekarang di manaramai yang sedangmenempuhdugaanhidup, dan ada juga yang mengharapkanbantuanataubelaskasihandaripada orang lain yang mampubagimeneruskankehidupan.
“Sebenarnyalaguinitelah pun dicipta pada awaltahun 2020 sebelumpandemik COVID-19 lagibersamarakankomposer, MFMF, mungkinmasanyakurangsesuai pada ketikaitu, dan pada tahunini kami nekaduntukmelancarkannya,” katanya.
Hael pada masa mengakui lagu berkenaan berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dirakamkan.
“Pada single kali inisayalaridarikebiasaan dan tampil denganlagubergenre ala nasyid kerana elemenkerohanian yang ada di dalamnyabersertaunsurnasihat agar bersesuaian dengan mood lagutersebut.
“Ini juga merupakan pengalamanbarubuat MFMF kerana beliautidakpernah menghasilkanlagusebegini, namunbegitu kami berjaya menyiapkan ia seadanya.
“Bagi video muzik (MV) Nuraga pula, ialebihkepada penyampaiansecaralahiriahtanpasebarangjalanceritaatau apa-apagimik dan lebih straight forward, jikanaktahulebih lanjutkenalahtonton di YouTube nanti,” katanya.
Sementara itu, En. FerosSayna selaku Ketua Label RocketfuelEntertainment menambah, Hael merupakan seorang penyanyi yang kreatif serta tidak pernah jemu untuk mencari idea baru menerusi lagu hasilannya.
“Haelmerupakanseorang artis yang sangatkreatif dan sentiasabekerjakerasdalammenghasilkan hit demi hit.
“Saya percayadengankekuatanNuraga dan pastiiamendapat tempat di hatipeminatmuziktanah air kerana ia lain daripada yang Haelpernahhasilkansebelumini,” harapnya.
Nuraga bolehdimuatturun sertadidengarimelalui penstrimanatastalianmanakala MV lagu Nuraga juga bolehditontonsecaraeksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun ditonton hampir 120,000 kali sejak dilancarkan pada penghujung Mac lalu.
Foto: Instagram Hael Husaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nora Danish ada berkongsi cerita pengalaman dirinya yang sedang berusaha untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Perkara itu dikongsikan pelakon Bencinta ini menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, ini merupakan tahun kedua ibu kepada dua orang cahaya mata ini untuk melakukan niat murni itu.
“Nora dulu masa sekolah rendah ada belajar di sekolah agama tapi hanya 2 tahun sahaja atas sebab-sebab yang tertentu.
“Alhamdulillah dijadikan cerita sampai sekarang Nora bersyukur sangat saya tak lagi buta baca Jawi.
“Jadi bila niat dihati nak khatam Al-Quran daripada awal tapi biasalah bila kita budak-budak suka ambil sambil lewa kan jadi tak dapat lah khatam.
“Hari demi hari dah lepas kahwin semua bila tengok orang khatam rasa macam bila nak sampai giliran saya ni? Tapi masa tak ada dengan shooting sebagainya dan benda tu dah jadi macam alasan pula untuk kita tak khatam,” katanya.
Di samping meluahkan rasa kesedihan, Nora memberitahu dirinya mula kembali membaca Al-Quran selepas terzahirnya rasa rindu terhadap arwah bapanya, Danish Hanif.
“Jadi tahun lepas tu yang terbuka hati untuk khatam tu sebab ayah Nora dah meninggal. Sebenarnya saya tak rapat sangat dengan dia sebab masa umur saya 2 tahun dia pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja jadi saya tak banyak pengalaman bersama ayah saya.
“Bila terniat dekat hati sebab rasa rindu sangat-sangat dengan dia, macam mana lah dia dekat alam yang lain tu kan.
“Nak jadikan cerita masa bulan puasa PKP tahun lepas jadi hikmah untuk saya baca Al-Quran.Sebenarnya saya memang pasang niat untuk khatam Al-Quran tu untuk arwah Papa,” katanya lagi.
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...