Mencabar diri dalam aktiviti lasak, pelakon Azhan Rani berkongsi pengalamannya mendaki Everest Base Camp di Nepal, baru-baru ini.

Kongsi pelakon drama Nur itu, ekspedisi tersebut bermula pada 31 Ogos lalu, sampai ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu.

“Perkara pertama yang saya fikir ketika sampai di puncak pendakian itu adalah rasa syukur dan mula rasa menginsafi diri.

IKLAN

“Banyak perkara yang saya lihat sepanjang perjalanan ke puncak, saya lihat ribuan golongan hidup dalam serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan di situ.

“Mereka tidak mempunyai kemudahan dan kelengkapan seperti kita, kereta pun mereka tidak pernah naik, malah ada yang tidak pernah melihat kereta,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran filem Motif di E-Curve, Damansara pada Khamis.

IKLAN

Dalam pada itu, Azhan turut menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapainya seperti  berasa loya, muntah-muntah dan hilang selera makan sepanjang pendakian tersebut.

“Saya ada mengalami muntah lebih kurang sebanyak sebelas kali, sembilan kali ketika mendaki, dan dua kali ketika turun, namun saya bersyukur dan gembira kerana berjaya pacakkan bendera Malaysia di atas puncah,” jelasnya.

IKLAN

Filem Motif mengisahkan seorang gadis yang mati dalam keadaan misteri lakonan hebat  hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.

https://www.youtube.com/watch?v=eClPFiO4xhs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI