Penyanyi, Aina Abdul menyifatkan single terbaharunya berjudul Sesaat ciptaan komposer Indonesia, Fabio Asher, sebagai penawar kepada kekecewaan yang dirasainya selepas bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menurut Aina, dia kembali menemukan kebahagiaan selepas ‘membawa diri’ ke Indonesia.

‘Sesaat’ Ubati Kecewa Aina Di AJL39, Fabio Asher Beri Perspektif Baharu – “Menjadi Tanggungjawab Buat Yang Terbaik Bila ‘Pakai’ Baju Orang Lain.”

“Selepas AJL39 lalu, saya agak berkecil hati dengan apa yang berlalu. Saya persoalkan banyak perkara.

“Jadi, saya bawa diri ke Indonesia. Allah beri saya peluang untuk bekerja dengan komposer di sana.

“Lagu Sesaat ini adalah ubat kepada kekecewaan saya itu. Ia hadir sewaktu saya mencari semula ketenangan dan kebahagiaan saya yang hilang,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran lagu tersebut, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aina menyifatkan perasaan kecewa itu normal bagi mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya.

‘Sesaat’ Ubati Kecewa Aina Di AJL39, Fabio Asher Beri Perspektif Baharu – “Menjadi Tanggungjawab Buat Yang Terbaik Bila ‘Pakai’ Baju Orang Lain.”

Ads

“Secara terperinci, saya tak boleh nak kongsikan. Kekecewaan dalam kerjaya itu adalah perkara biasa.

“Saya memang punyai jiwa sentimental, saya rasa setiap penulis akan ada sisi seperti ini dalam diri mereka.

“Kita mudah kecil hati. Namun, saya sudah memendam rasa agak lama juga dengan apa yang orang-orang perkatakan.

“Saya cuma sedih dengan apa yang berlaku selepas tamat AJL39. Banyak orang bercakap dan persoalkan kredibiliti saya.

“Kini, saya kembali bukan dengan lagu sendiri tapi orang lain. Jadi, saya nak tengok apa pula reaksi mereka,” ujarnya lagi.

Ads

Terapi Sokongan & Perspektif Baharu

Walaupun kekecewaan itu berat, Aina bersyukur kerana sentiasa mendapat dukungan daripada orang terdekat.

“AJL itu tidak punyai salah apa-apapun. Ia hanyalah sebuah platform pertandingan. Ada menang dan ada yang kalah.

“Namun, penerimaan orang terhadap persembahan saya itu yang membuatkan saya sedikit kecil hati.

“Dengan segala usaha saya dan pasukan hasilkan, apa yang mereka katakan itu agak membuta tuli.

“Terapi saya adalah kehadiran orang-orang terdekat seperti pengurus dan ibu. Mereka adalah terapi saya yang sebenar.

Ads

“Saya akan banyak berborak dengan mereka. Mereka akan tolong saya,” jelasnya.

Pada masa sama, Aina mengakui gembira kerana dipertemukan dengan Fabio Asher yang memberinya sudut pandang baharu sebagai seorang anak seni.

‘Sesaat’ Ubati Kecewa Aina Di AJL39, Fabio Asher Beri Perspektif Baharu – “Menjadi Tanggungjawab Buat Yang Terbaik Bila ‘Pakai’ Baju Orang Lain.”

“Fabio Asher membawa saya ke dunianya. Saya rasa sangat gembira. Mereka berikan pintu dan rasa yang baharu untuk saya berkarya.

“Walaupun saya tidak menulis lagu ini, saya tetap perlu meletakkan hati di dalam lagu ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk buat yang terbaik bila ‘pakai’ baju orang lain. Sesaat ini adalah penyembuh saya,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI