Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (KOPELEM), Datuk Ayu Puteh menyeru para penerbit untuk membuat pinjaman bagi menerbitkan sesebuah naskhah menerusi saluran yang betul.

Datuk Ayu berkata, dia tidak terkejut sekiranya ada segelintir penerbit mengambil jalan untuk meminjam daripada Ahlong misalnya demi memenuhi tawaran yang diberikan oleh pihak stesen televisyen.

Malah, tindakan itu boleh berlaku susulan masalah serta syarat kurang bersesuaian yang dikenakan oleh pihak bank bagi membolehkan golongan penerbit membuat pinjaman.

“Bila situasi itu terjadi, mungkin ada penerbit yang terpaksa pinjam Ahlong bila mereka perlu menyiapkan drama mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen tempatan.

“Bila LO keluar, pihak penerbit perlu siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak stesen,” katanya.

Pemilik rumah produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu berkata demikian sejurus Majlis Perasmian Koperasi Penerbit Filem Malaysia Berhad (KOPELEM) di Finas, Hulu Klang, pada Ahad.

Tambahnya lagi, dilema itu bukan lagi masalah kepada penerbit apabila pihak kementerian telah meluluskan kemudahan pinjaman pembiayaan melalui koperasi berkenaan.

IKLAN

Perkara itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang merasmikan KOPELEM dalam satu majlis semalam.

Oleh yang demikian, para penerbit drama dan filem digalakkan menyertai KOMPELEM bagi mendapat manfaat termasuk pinjaman bagi menjayakan projek mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noh Omar (@mynohomar)

“Sertai kami dan jangan pinjam Ahlong. Kita di KOMPELEM mahu membantu ahli supaya mudah mendapatkan pinjaman tanpa syarat yang mengekang seperti pihak kewangan yang lain.

IKLAN

“Malah dengan koperasi ini juga ahli mendapat banyak peluang termasuk dana yang ditawarkan kerajaan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ayu mewakili semua jawatan kuasa Kopelem melahirkan rasa syukur apabila usaha selama lima tahun bagi menubuhkan Kopelem akhirnya menjadi kenyataan.

Justeru, pelbagai proses perlu dilakukan dalam usaha menjadikan KOPELEM satu realiti dalam usaha mewujudkan rangkaian bagi memudahkan golongan penerbit di negara ini.

IKLAN

“Kami berharap mendapat sokongan semua pihak dan saya juga berbangga dengan kesemua jawatan kuasa yang dilantik kerana masing-masing mendukung tujuan membantu sesama ahli,” katanya.

Terdahulu Noh turut mengumumkan kementerian memberikan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan.

Pada mesyuarat agung permulaan KOPELEM, Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi dilantik sebagai Pengerusi KOPELEM.

Turut dilantik ialah Datuk Nancie Foo sebagai Bendahari manakala Setiausaha disandang Zahrin Ishak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI