Gara-gara komen yang didakwa boleh menjatuhkan dan keterlaluan, penerbit filem Gadis Jolobu The Movie bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemilik saluran YouTube dikenali sebagai Zhafvlog.
Menurut Penerbit Eksekutif serta pengasas bersama Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, tindakan juga diambil susulan ulasan yang didakwa beradab dilemparkan yang antaranya menggelar karya berkenaan sebagai ‘infinity shit.’
“Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem?
“Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.
“Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan.
“Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai tidak lama lagi,” katanya.
Ads
Saraleana berkata, dia sedar kemunculan platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram membolehkan sesiapa sahaja membuat ulasan filem, sekali gus menjadi pengkritik filem.
Namun, menurutnya, penggunaan bahasa kurang adab bagi menarik perhatian dalam membuat sesuatu ulasan bukanlah cara yang baik.
“Seharusnya, kritikan diberikan menggunakan bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, terutama penerbit yang mengeluarkan bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.
Ads
“Saya mungkin penerbit baharu, tetapi saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya.
“Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?
“Caranya salah kerana apa yang ditulis adalah fitnah. Nak kritik biarlah ada ilmu filem, bukan berdasarkan serangan peribadi,” tegasnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Saraleana berkata, dia optimis selepas menerima komen positif daripada Yang-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang mencemar duli menghadiri tayangan filem Gadis Jolobu bersama barisan pelakon di GSC Pall Mall, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Saraleana turut menafikan filem Gadis Jolobu mempunyai adegan lucah yang boleh menjatuhkan imej filem tempatan.
“Jika ada elemen lucah, seksi atau sebagainya, sudah tentu tidak melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF). Ia bermaksud tiada adegan lucah dalam filem ini,” katanya.
Gadis Jolobu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Ogos lalu.
Filem arahan CL Hor ini dibintangi Datuk Hattan, Ahirine Ahirudin, Joey Daud dan Khir Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Datuk A.Aida, 49, yang baru sahaja mengumumkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang dikahwininya kira-kira 10 bulan lalu mengakui dia tidak boleh menutup mulut masyarakat terhadap pelbagai spekulasi yang timbul selepas mengetahui status terkininya.
“Bagi saya kita tak boleh menutup mulut masyarakat di luar sana. Cuma saya nak tekankan di sini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah.
“Siapa yang kahwin nak cerai-berai. Semua nak kahwin hingga ke jannah. Tapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana,” kongsi Aida menerusi sidang media.
Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap perhubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding wanita, A. Aida mempunyai pendapatnya sendiri.
Katanya kematangan bukanlah bergantung kepada usia seseorang semata-mata.
“Mungkin ya dan mungkin tidak. Ada kenalan saya yang berkahwin dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Akan tetapi bahagia sampai sekarang.
“Bagi saya kematangan itu bukanlah bergantung kepada umur. Ada okay dan sebaliknya,” kongsi Aida lagi.
Mengulas mengenai pertanyaan pihak media sama ada mungkin keduanya ada harapan untuk rujuk kembali, ini jawabnya;
“Taklah kot, takde dah,” katanya ringkas.
Ikuti temu bual penuh bersama wanita kuat ini menerusi FB Live MH;
MH kini berada di sidang media tergempar Datuk A. Aida, umum cerai
Usahawan yang kini bergelar peserta Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli kembali dengan semangat baru apabila menerima reaksi yang baik daripada orang di sekelilingnya.
Malah, dia turut mengucapkan terima kasih dan katanya, dia mendengar suara-suara semangat yang tidak mahu dirinya terus mengalah sekaligus mahu terus belajar di pentas Big Stage.
“Terima kasih, ternyata saya tidak keseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage.
“Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengalah.
“Ini langkah pertama saya, semua krew produksi, juri, pengacara, penonton dan pemberi semangat dan semuanya tidak akan saya lupa,” tulisnya di Instagram sambil memberikan kredit kepada pihak yang menguruskan ketika keberadannya di program realiti tersebut.
Iqbal pada masa sama turut memberikan dedikasinya kepada guru vokal, Cikgu Shafi yang disifatkannya sebagai cukup prihatin.
“Jasamu kuhargai, @cikgushafi. Banyak pelajaran, tidak hanya tentang vokal bahkan pemikiran kehidupan. Cikgu Shafi orang yang paling risau dan pedulikan saya. Mengajarkan saya supaya menjadi rendah hati selalu.
“Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua.
“Teman saya semua, tolong doakan esok saya lakukan yang terbaik. Sebaik yang boleh saya lakukan. Saya bawa semangat baru kerana sokongan dan kata semangat dari kalian.
“Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage,” luahnya lagi.
Perkongsian terbabit menerima reaksi pelbagai daripada wargamaya, yang boleh ditinjau menerusi ruangan kapsyen di hantaran berkaitan.
Selain Iqbal, Big Stage musim terbaru turut disertai Tegar Septian, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Iqbal Zulkefli, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Syafiq Abdilah (Brunei).
Ia bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan rasa syukur kerana anak yang dikandung sangat mudah dijaga.
Bagaimanapun katanya menerusi Instagram, bekas isteri kepada PU Abu, Ain Afini mengakui berada dalam dilema sama ada patut atau tidak dia berehat.
Ataupun, melakukan tugasan rumah apabila Muhammad Adam Aysar tidur.
“Hamboi suka sangat sengih masa tidur eh. So far ahamdulillah senang sangat umi jaga anak soleh ni.
“Tapi umi selalu dilemma bila Adam tidur, umi patut rehat sekali ke atau lipat kain yang dah menggunung tu? Rehat sekali macam lagi best. Eh eh,” tulisnya sambil memberi kredit kepada jenama Islamic Audio.
Perkongsian ibu tunggal ini mendapat pelbagai reaksi netizen.
Abu Sufyan bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dikurniakan seorang anak. Pasangan ini pernah bercerai buat kali pertama pada 28 Januari 2019 namun rujuk semula pada 23 Februari.
Mahkamah kemudiannya mengesahkan perceraian yang dilafaz buat kali kedua pada Mac lalu.
Foto : Instagram Ain Afini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas membuat perkongsian sepotong video pendek di media sosial yang mencetuskan pelbagai tanda tanya oleh penyanyi Syasya Rizal, teka-teki akhirnya terjawab.
Bekas anggota kumpulan Dolla...