Pelakon dan pengacara TV, Sarah Hildebrand menyangkal dakwaan yang menyatakan dia dan pengacara, Nabil Mahir telah pun mendirikan rumah tangga.

Isu itu mula timbul apabila dia dilihat sering memuat naik foto mesra bersama teman lelakinya dan menyebabkan ramai yang menyangka bahawa dia kini sudah berstatus isteri kepada pengacara rancangan HLive itu.

Sering Muat naik Foto Mesra, Sarah Hildebrand Disangka Sudah Kahwin

Sering Muat naik Foto Mesra, Sarah Hildebrand Disangka Sudah Kahwin

Sering Muat naik Foto Mesra, Sarah Hildebrand Disangka Sudah Kahwin

IKLAN

Bagaimanapun, menerusi sebuah portal hiburan, pemilik nama sebenar Nur Sarah Marier Hildebrand berkata bahawa mereka masih belum mempunyai ikatan tetapi mengakui ada terfikir untuk berkahwin.

“Tidak… Saya belum kahwin tetapi memang ada orang fikir yang kami sudah pun berkahwin.

“Niat untuk berkahwin itu memang ada memandangkan hubungan kami pun sudah mencecah tiga tahun tetapi buat masa ini belum ada sebarang tarikh tertentu,” katanya.

Menurut Sarah, buat masa ini dia ingin menumpukan kepada kerjaya seninya terlebih dahulu sebelum terburu-buru untuk berkahwin.

IKLAN

Dia juga turut mengakui bimbang berkawan terlalu lama dengan teman lelakinya. Namun, dia berfikiran positif dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Nabil selain berpegang kepada jodoh.

Dalam masa sama, gadis berdarah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat itu berkata dia telah memberikan yang terbaik dan berharap akan diberi lebih banyak peluang berlakon pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Sarah bakal muncul di kaca tv menerusi drama Wanita Terindah yang turut dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Redzuan Hashim dan Adam Mika.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI