Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat Laudya Cynthia Bella atau lebih dikenali sebagai Bella, pelakon Indonesia dan isteri kepada Engku Emran sering muat naik gambar bersama Erra Fazira.

Seperti yang semua tahu Erra dan Emran pernah bersama suatu ketika dahulu dan dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya.

Sering Bergambar Bersama Erra Fazira, Bella Beri Jawapan…

Selepas beberapa tahun berpisah akhirnya Emran telah bertemu dengan Bella dan akhirnya menamatkan zaman bujangnya.

Namun apa yang menjadi bualan netizen apabila melihat keakraban Bella bersama keluarga tersebut.

IKLAN

Bukan sahaja miliki hubungan yang sangat akrab dengan puteri tunggal mereka, tetapi Bella juga dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat bersama Erra.

Seperti biasa, adalah mulut-mulut jahat yang mula berkata mereka tidak selesa melihat gambar kemesraan Bella bersama Erra.

Malah ada juga yang berani berkata Bella seperti tidak sensitif kerana sering berkongsi gambar tanpa memikirkan apa perasaan Erra.

IKLAN

Namun bagaimanapun, masih ramai yang turut memuji dan kagum bagaimana selebriti seberang ini boleh mengekalkan hubungan yang baik bersama bekas isteri pasangannya.

Sering Bergambar Bersama Erra Fazira, Bella Beri Jawapan…

IKLAN

Melalui sebuah temubual bersama Sinar Online, Bella bersyukur dan langsung tidak malu untuk mengaku dirinya sudah menganggap Erra sebagai kakaknya.

“Masya-ALLAH, mereka (peminat) suka? (ketawa). Alhamdulillah, saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai di sini,” katanya pada Sinar Harian.

“Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat,” katanya.

Bila bertanya soal gandingan, Bella tidak menolak untuk bekerjasama dengan Erra walaupun masih belum merancang untuk terus aktif di Malaysia.

“Saya sedar posisi Erra di sini sebagai pelakon terkenal bahkan saya ada juga menjadikannya sebagai rujukan.

“Tapi, hubungan rapat kami lebih bersifat peribadi dan bukannya mengenai soal kerjaya.

“Lagipun, saya masih belum merancang untuk bekerja di sini. Insya-ALLAH, kalau umur panjang dan ceritanya bagus saya tak kisah untuk berlakon bersama,” tambahnya lagi.

Apapun MH juga turut berbangga dan puji sikap kedua-dua pelakon ini. Bukan mudah untuk berada di tempat mereka. Mudah-mudahan hubungan yang baik ini berkekalan hingga akhir hayat.

SUMBER: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI