Susulan kenyataan berkaitan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan meneruskan konsert solo pada 9 Mac ini, pelakon dan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie tampil memberikan pandangannya.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dia berharap agar semua pihak faham bahawa anak seni juga perlu bekerja dengan memanfaatkan bakat mereka demi menyara keluarga.
“Kami ada anak yang masih bersekolah dan di universiti. Ada juga isteri yang sedang hamil. Kami ada tanggungjawab.
“Begitu juga buat rakan artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk M. Nasir. Seni kami adalah perjuangan untuk keluarga.
“Kebetulan kami dilahirkan dengan bakat sebagai anak seni. Ada kemampuan untuk menyanyi, bikin lagu, berlakon dan sebagainya.
“Semua ini pemberian daripada Allah juga. Bukan kami yang tentukan. Kenapa kita kena berhenti melakukan kerja kita? Sedangkan kita boleh berdoa setiap hari,” katanya kepada MH.
Awie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menyarankan Siti untuk menunda konsert solonya ke satu tarikh lain bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan yang berkemungkinan jatuh pada tanggal 12 Mac ini.
Pada masa sama, Awie turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan artis yang mengadakan konsert pada saat ini seperi tidak sensitif dengan pergolakkan yang berlaku di bumi Palestin.
“Kami juga takut dosa. Semua orang begitu. Ini adalah pekerjaan kami. Bila ada pihak minta kami berhenti, anda seolah-olah menyekat rezeki kami dan keluarga.
“Mereka nak makan apa kalau kami tak bekerja. Berdoalah sentiasa. Selagi kita mengucapkan dua kalimah syahadah, sanubari kita tetap bersama saudara Islam kita.
Ads
“Ingatlah setiap orang ada kerja dan tanggungjawab masing-masing. Ada tanggungjawab dengan Allah, keluarga dan kawan-kawan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Awie turut memaklumkan Wings juga sangat aktif dalam menjalankan misi bantuan buat rakyat Palestin.
“Sebelum Wings buat konsert, kami adakan solat hajat dan kumpul dana untuk bantu rakyat Palestin.
“Hal ini kami tak perlu cerita pada orang pun. Bila isu ini timbul, kami terpaksa bercerita,” kongsinya.
Tambahnya lagi, hampir 9,000 penonton telah sama-sama berdoa ketika Wings mengadakan konsert di Shah Alam baru-baru ini.
Ads
“Kita ada segmen tribute buat Palestin. Saya berselawat Allah-Allah Aghisna dan berdoa secara langsung di atas pentas dan diaminkan oleh 9,000 orang.
“Saya anggap itu satu kejayaan yang besar apabila kita mengaminkan doa yang baik buat Palestin. 9,000 orang ini akan menjadi saksi di akhirat nanti,” akhirinya.
Terdahulu, selepas kejayaan di Singapura dan Kuala Lumpur, Konsert Wings The Rock Emperor bakal diteruskan lagi di Pulau Pinang pada 24 Febuari nanti.
Lebih menarik, pada konsert kali ini, Wingsjuga berhajat untuk memberikan lebih 700 hadiah buat penonton bertuah.
Antara hadiah yang akan diberikan adalah seperi tiket penginapan hotel, barangan eksklusif Wings dan juga barangan kesayangan milik anggota Wings seperi gitar, kasut dan jaket.
Tiket Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chaper telah dijual bermula pada harga RM95 (Free Seating/ Standing), RM155 (Rock Zone), RM158 (Rock Silver), RM188 (Rock Gold) dan RM258 hingga RM315 (VIP)
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai hukuman yang dikenakan ke atas enam pesalah kes Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Dalam satu siaran media yang dikeluarkan, suruhanjaya itu menegaskan pendirian mereka bahawa hukuman mati bukanlah satu penyelesaian yang adil atau berkesan.
“Hukuman mati adalah satu bentuk hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak membenarkan kemungkinan pemulihan sekiranya berlaku kesilapan kehakiman.
“Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan pelanggaran hak asasi manusia,” jelas mereka menerusi kenyataan itu.
Selain itu SUHAKAM turut menyatakan bahawa menjatuhkan hukuman mati ke atas enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan satu detik menyedihkan dan serius dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Suruhanjaya itu lagi menegaskan bahawa pemulihan adalah jalan yang diperlukan untuk menjadikan keenam-enam pesalah tersebut sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab.
“Dalam konteks ini, adalah penting untuk menekankan keperluan untuk pemulihan. Pemulihan boleh mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan membina.
“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tersebut tetapi juga membantu mencegah kejadian masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial di kalangan pesalah,” tambah mereka lagi.
Walaupun tidak bersetuju dengan hukuman mati yang dikenakan terhadap enam pesalah itu, SUHAKAM turut menyatakan mereka berkongsi kesedihan dan keperitan keluarga mangsa.
Imbas kembali, Hakim Hadhariah Syed Ismail sebelum ini yang mempengerusikan panel hakim berkata, hukuman mati wajar dikenakan terhadap Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Sofi, Najib Razi, Afif Najmudin Azahat, Shobirin Sabridan Hakeem Ali dengan mengambil kira kekejaman jenayah yang dilakukan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ali Karimi Abdul Rahman yang juga anak kepada penerbit Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengakui dia tidak terasa seolah-olah dipinggirkan apabila wajahnya tidak terpampang di dalan poster utama bagi mempromosi filem berkenaan.
Ali Karimi, 32, yang membawa watak sebagai Brahim menerusi filem yang mencetuskan fenomena itu berkata, tujuan dia menyertai produksi berkenaan adalah untuk memupuk semangat kepahlawan, bukannya untuk meraih publisiti semata-mata.
“Saya sebenarnya sudah cukup rasa bertuah kerana dapat berada bersama-sama barisan pelakon lain menjayakan filem Mat Kilau untuk menyampaikan mesej perjuangan. Bagi saya, itu yang penting.
“Saya bersyukur. Pasal wajah ada atau tidak dalam medium promosi antaranya poster, saya tidak kisah sangat.
“Sejujurnya sedikit pun saya tidak berasa dipinggirkan malahan saya rasa poster dikeluarkan sebegitu juga sudah cukup menarik untuk memberi impak yang sewajarnya,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, dirinya cukup berpuas hati meski wajah sekadar dipamerkan dalam poster khusus untuk karakter-karakter yang menjayakan Mat Kilau.
“Memang ada wajah saya pada poster untuk karakter. Itu pun saya sudah bersyukur apatah lagi poster itu secara tidak langsungmula dikongsikan penonton,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, filem epik terbitan Studio Kembara itu terus melakar sukses berterusan apabila mengaut kutipan mencecah RM50 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Korea Selatan, Go Ara muncul sering kali tampil cantik tatkala muncul di karpet merah mana-mana majlis anugerah di Korea Selatan.
Namun begitu, busana terbaru yang dikenakan semasa SBS Drama Award 2018 yang diadakan hujung tahun lalu mendapat perhatian netizen khususnya peminat Malaysia apabila ia kelihatan persis baju kurung.
Sekali lihat, pakaian berona putih gading itu memang kelihatan seperti baju kurung moden yang sarat perincian.
Malah, banyak yang menulis di ruangan komen kelihatan ramai netizen memuji pelakon drama Hwarang itu.
Sebelum ini, ahli grup Beyond The Scene (BTS), V menjadi topik hangat netizen apabila video dia memakai baju melayu yang dihantar peminat Malaysia viral di media sosial saat sedang berlatih sempena Billboard Music Award, tahun lalu.
Foto/Instagram: Go Ara & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...