Stesen televisen TV AlHijrah kekal dengan reputasi mereka sebagai saluran Islamik nombor satu negara pada tahun 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, kejayaan ini tidak akan mampu dicapai sekiranya mereka tidak berpegang teguh kepada matlamat asal.

“Kami Pegang Matlamat & Tak Fake…,” – TV AlHijrah Kekal Saluran Islamik Nombor 1 Negara, CEO Dedah Rahsia

Katanya lagi, selain pemilihan program yang bermanfaat, cara kerja di TV AlHijrah juga amat dititikberatkan

“Pertama sekali, kita tak boleh lari daripada matlamat asal dengan berpura-pura atau ‘fake’. Maaf, saya terpaksa guna perkataan itu. Sesuatu penghijrahan itu tidak boleh dibuat-buat.

“Kalau pihak kami nak buat program dakwah atau realiti, orang-orang yang berada di stesen atau mendepani jenama kami, mereka tak boleh menjadi orang yang pura-pura berhijrah. Itu keutamaan kami.

“Kalau berpura-pura, orang boleh nampak walaupun melalui program televisyen,” katanya kepada MH.

Namanzee berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Progam Pembuka Tirai 2024 TV AlHijrah baru-baru ini.

IKLAN

“Kami Pegang Matlamat & Tak Fake…,” – TV AlHijrah Kekal Saluran Islamik Nombor 1 Negara, CEO Dedah Rahsia

Dalam pada itu, Namanzee turut menzahirkan rasa syukur apabila orang ramai kini semakin memberikan perhatian terhadap program-program terbitan TV AlHijrah

“Kejayaan ini juga merupakan perancangan Allah. Mungkin pada fasa PKP lalu, ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama kerana takut kepada mati. Sama juga seperti saya.

“Bila kita takut dengan kematian, sudah pasti kita ingin balik kepada agama. Selepas dua hingga tiga tahun, tingkah laku penonton itu kekal.

IKLAN

“Mereka mahu program berteraskan ilmu. Secara tidak langsung, program kami menjadi penting. Program kami juga tidak bersifat seperti sekolah atau madrasah.

“Kami perlu bergerak seiring dengan cara dakwah kontemporari. TV AlHijrah juga perlu hidup di seluruh platform media sosial. Unsur hiburan tetap kena ada.

“Kematangan kami hadir melalui pengalaman sewaktu bekerja di stesen tv lain,” ujarnya lagi.

“Kami Pegang Matlamat & Tak Fake…,” – TV AlHijrah Kekal Saluran Islamik Nombor 1 Negara, CEO Dedah Rahsia

IKLAN

Tambahnya lagi, TV AlHijrah juga mempunyai strategi berbeza untuk menarik perhatian para penonton

“Saya akui orang tidak menonton TV AlHijrah 24 jam. Semua orang perlukan rancangan hiburan, sukan dan berita.

“Namun, ketika waktu penting seperti waktu Subuh, Magrib dan sebelum tidur, ketika itulah kami menarik perhatian penonton.

“Kami kejar ‘non-prime time’. Itu juga strategi kami. Biarlah saluran lain kejar prime time. Kalau mereka kejar promosi di media sosial, kami kejar promosi di dalam keretapi dan bas.

“Kami cuba keluar daripada apa yang stesen lain buat,” akhirinya.

Terdahulu, TV AlHijrah menyajikan pelbagai program menarik sebagai pembuka tirai tahun 2024 antaranya Akademi Qurra’ 2024, Quran@114, Riwayat Akhir Zaman, 30 Minit Bersama Ustaz Dato’ Hj Shamsuri Ahmad dan Carta 114.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI