Pelakon dan pengacara, Sean Lee membuat percubaan berani untuk terjun ke bidang muzik selepas melancarkan single pertama yang berjudul Tak Sanggup Terima.
Bagaimanapun, menurut Sean, penglibatannya dalam bidang muzik bukanlah untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat sebaliknya dia hanya mahu membuka ruang baharu untuk berkarya.
“Sebenarnya sudah lama saya berhasrat nak masuk dalam bidang muzik. Tujuan saya terjun ke bidang ini bukan untuk bergelar penyanyi terhebat.
“Saya bukan nak melawan Aina Abdul atau penyanyi-penyanyi bertaraf Anugerah Juara Lagu. Namun, kalau ada rezeki sampai ke situ, itu adalah bonus.
“Saya ceburi bidang muzik ini sebagai salah satu cara lagi saya mengekspresi diri. Ia sama seperti ketika kita berkarya untuk menerbitkan drama, filem dan filem pendek,” katanya kepada MH.
Pelakon drama, Cinta Buat Dara ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Pada masa sama, Sean turut memaklumkan dirinya gemar bereksperimen untuk mencari muzik yang sesuai dengan identitinya.
“Muzik ini terlalu universal. Saya tidak meletakkan sekatan terhadap pemilihan muzik saya. Saya tak kisah sangat lagu apa yang saya nak bawakan kerana saya tahu saya tiada asas dalam bidang nyanyian.
“Saya hanya nak cipta muzik saya sendiri. Saya nak bereksperimen mencari bunyi-bunyian yang terbaik. Saya nak curahkan idea saya dalam bidang muzik.
Ads
“Saya memang serius nak ceburi bidang ini tapi saya ada kekangan masa dengan komitmen sebagai pelakon dan pengacara,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sean juga memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan berkenaan percubaan pertamanya.
Malah, salah satu video promosi lagu ini juga telah dikritik kerana dikatakan seolah-olah meniru gaya nyanyian penyanyi terkenal Korea Selatan, Jungkook.
“Saya tak tahu promo lagu ini akan viral. Saya hanya perasan tentang kritikan itu sebelum ia viral. Saya pula tak buka sangat media sosial melainkan bila soal kerja.
Ads
“Ada kalanya, sosial media ini tak baik untuk kesihatan mental kita. Saya rasa semua orang merasakan hal yang sama.
“Saya okay sahaja. Bagi saya, komen-komen negatif ini lebih baik daripada tiada komen langsung. Baik atau tidak, ia merupakan maklum balas untuk saya perbaiki diri untuk keluarkan produk yang lebih baik.
“Ini merupakan proses pembelajaran buat saya. Hanya saya yang tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Lantaklah orang nak cakap apapun. Saya tahu usaha saya,” akhirinya.
Terdahalu, Sean telah pun diumumkan sebagai salah seorang pengara untuk anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Award (GMWA) 2023 bersama tiga lagi hos iaitu Amelia Henderson, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu, pelakon, Keith Foo tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka.
Menurut Keith Foo, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu membuang perasaan ego dan berbincang secara baik terutama membabitkan hak penjagaan zuriat.
“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara yang tidak sepatutnya. Pada akhirnya, kita yang mahukan anak ini.
“Jadi, apapun yang berlaku diantara ibu dan ayah, kita tak boleh libatkan anak di dalam konflik peribadi.
“Kita kena ketepikan ego dan bersama-sama sebagai kawan untuk membesarkan anak ini. Saya pasti segalanya akan baik-baik sahaja,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.
Dalam pada itu, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.
“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.
“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.
“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.
Sekadar informasi, Keith dan Kim Raymond telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019.
Berkongis mengenai peranannya di dalam filem Layang-Layang Perkahwinan, Keith membawakan watak sebagai Ammar Arafat yang juga merupakan bekas kekasih kepada salah seorang watak utama Saida Amanda yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.
Ammar kembali muncul di dalam kehidupan Saida selepas suaminya berlaku curang dan berkahwin lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zahirah Macwilson menitipkan rasa syukur atas pelbagai perkara baik yang dilalui.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 28, berkongsi ucapan ringkas itu menerusi status terbaharu di Insta Stories, pada Jumaat.
“Terlalu banyak perkara yang perlu disyukuri. Air mata kegembiraan. Terima kasih Yang Maha Esa atas segalanya,” tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.
Menerusi hantaran di platform sama, Zahirah yang kini sedang hamil anak kedua turut berkongsi video pendek sekitar kediamannya yang sedang melalui proses renovasi.
Beberapa hari lalu, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini menjadi sorotan warganet selepas namanya dipetik seorang selebriti lain di media sosial yang menyamakan wajahnya seperti bibik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang hangat diperkatakan ketika ini, Fathia Latiff mendedahkan dia tidak kisah sekiranya ada yang memanggilnya sebagai bibik.
Perkara tersebut dijelaskan bintang drama Ariana Rose itu ketika melakukan sesi ‘IG Live’, pada Sabtu sebagai respon kepada penyataan salah seorang pengguna Instagram.
“Okay fine, muka I macam bibik. I tak kisah. Tapi I lagi lawa daripada bibik itulah. I tak kisah kalau nak panggil I bibik.
“Sebab i tak menghina bibik. Ada bibik yang lawa. I tak kisah orang panggil I bibik. Okay fine, nak kata I bibik? Okay I bibik.
“At least i tak macam ‘jelung’. I lagi rela orang panggil I bibik daripada ‘jelung’,” katanya yang kini berada di Jepun.
Lebih 8,000 pengguna Instagram menonton sesi siaran langsung berkenaan, yang mana Fathia antara lain turut mengakui kecantikan adiknya, Dr Fasiha Latiff.
Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan warganet selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
Selepas Zahirah, Fathia dan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula saling berbalas respon berbaur sinis menerusi media sosial.
Malah, Fathia turut memuat naik artikel dan foto bekas teman rapatnya, aktor Aiman Hakim Ridza di laman Instagram sekaligus menjadi sorotan ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...