Aktor dan usahawan, Sharnaaz Ahmad menjadi sorotan di laman sosial selepas beg sekolah anak kesayangannya, Jebat Jayden didapati hilang meski sudah dicari di merata sudut rumah.

Malah, bintang filem Sangkar itu juga hampir putus asa lalu meminta warga net untuk sama-sama mencari beg sekolah yang hilang itu.

Perkara tersebut dikongsikan Sharnaaz melalui bentuk video di dalam salah satu hantaran terkininya di Instagram.

“10 Batang Aiskrim Baru On,” – Jebat Merajuk Sebelum Pergi Sekolah, Sharnaaz Tak Keruan Cari Beg Kesayangan Anak Raih 1.4 Juta Tontonan “10 Batang Aiskrim Baru On,” – Jebat Merajuk Sebelum Pergi Sekolah, Sharnaaz Tak Keruan Cari Beg Kesayangan Anak Raih 1.4 Juta Tontonan “10 Batang Aiskrim Baru On,” – Jebat Merajuk Sebelum Pergi Sekolah, Sharnaaz Tak Keruan Cari Beg Kesayangan Anak Raih 1.4 Juta Tontonan

“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Gelagat dua beranak ini cukup mencuri perhatian apabila Jebat yang lengkap berpakaian sekolah cukup petah bercakap di samping bapanya.

IKLAN

“Beg sekolah Baby mana,?” tanya Jebat sebelum ke sekolah.

Sharnaaz yang kelihatan terkejut segera mencari beg berkenaan namun tidak jumpa dan digantikan terlebih dahulu dengan beg sekolah lain berwarna merah.

“10 Batang Aiskrim Baru On,” – Jebat Merajuk Sebelum Pergi Sekolah, Sharnaaz Tak Keruan Cari Beg Kesayangan Anak Raih 1.4 Juta Tontonan “10 Batang Aiskrim Baru On,” – Jebat Merajuk Sebelum Pergi Sekolah, Sharnaaz Tak Keruan Cari Beg Kesayangan Anak Raih 1.4 Juta Tontonan


Jebat yang merajuk meminta 10 batang aiskrim sebagai ganti sebelum menggunakan beg sekolah berkenaan.

IKLAN

“Okay sekarang kat mana aku letak beg tu? Dah cari tak jumpa pula. Semalam aku lepak dengan kafe tertinggal ke?

“Tanya Shuib lah kot. Dia mesti tahu,” kata Sharnaaz sambil menelefon Shuib sejurus menghantar Jebat ke sekolah.

Selain Shuib, rakan artis lain seperti Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri turut sama membantu mencari beg sekolah Jebat.

IKLAN

Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana turut menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 1.4 juta tontonan disusuli dengan komen pelbagai daripada warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI