Terbaru, pelakon Adam Corrie Lee ada memberikan pendapat mengenai isu publisiti murahan yang sering berlaku di laman media sosial.
Kongsi Adam, dia menyarankan agar netizen untuk berhenti utnuk memberikan perhatian terhadap individu yang sengaja mencetuskan kemarahan orang awam serta tidak menghormati agama.
“Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan, tak menghormati agama dan sebagainya.
Ads
“Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian. Hentikan update posting gambar2 dan nama dia setiap hari. #adamcorrie,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh aktor berusia 50 tahun itu.
Ads
Sekadar informasi, Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat lebih 600 peserta yang hadir ke uji bakat pencarian Hero Remaja 2020, selain 12 finalis terpilih ke peringkat seterusnya, bersaing merebut gelaran berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang.
Syukur atas rezeki terpijak, calon juara Hero Remaja edisi terbaru Mohammad Azri Abdul Khair misalnya turut meluahkan rasa syukur dan terharu.
Bagaimanapun rupa-rupanya, sudah ada cakap-cakap raut wajah jejaka berusia 24 tahun ini yang didakwa punya iras bintang Filipina, Dingdong Dantes.
Ditanya mengenai perkara tersebut, dia tidak melatah serta tak pandang enteng mengenainya.
“Saya okay saja kalau mereka nak samakan saya dengan pelakon antarabangsa berkenaan. Saya sendiri tak perasan muka saya seperti aktres tersebut, tetapi ramai yang ‘usik’ dan samakan saya dengan dia.
“Malah, perkara itu sudah berlaku ketika saya memasuki universiti. Kebiasannya, kenalan rapat akan samakan saya dengan hero Filipina itu.
“Dalam masa sama, saya terhibur dan seronok juga apabila disamakan dengan wajah aktor berkenaan” katanya kepada MH.
Baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di MMU, Cyberjaya pada September tahun lalu, anak kelahiran Selangor ini mempunyai misi dan visi tersendiri untuk memasuki program ini.
“Saya masuk Hero Remaja untuk memberi kesedaran kepada remaja di luar sana khususnya yang melibatkan masalah kesihatan dari segi mental dan fizikal.
“Saya juga mahu mengetengahkan mengenai persekitaran yang berlaku pada remaja masa kini,” jelasnya lagi.
Memiliki hampir 2,000 pengikut di Instagram, Azri tidak mudah putus asa apabila hadir dua kali ke uji bakat program tersebut bagi mencuba nasib.
“Saya mencuba nasib dalam program ini sebanyak dua kali, hari pertama saya sangat gementar kerana ujian yang diberikan juri adalah lakonan.
“Saya akui agak ketandusan dialog dan idea ketika itu kerana juri mahukan lakonan yang spontan dan nampak ‘neutral’.
“Pada hari kedua, rezeki berpihak kepada saya kerana juri nampak potensi saya dan Alhamdulillah saya terpilih,” kongsinya yang turut fasih berbahasa Arab.
Meski keluarga tidak berada di sisi Azri, namun sokongan kedua ibu bapanya menjadikan Azri lebih kuat dan bersemangat.
“Saya sentiasa mendapat sokongan keluarga walaupun mereka jauh dan menetap di Arab Saudi kerana ayah saya bekerja di sebuah syarikat minyak.
“Sebelum ini saya menuntut ilmu di sana, kemudian saya melanjutkan pelajaran di Malaysia kerana mahu menikmati keindahan Malaysia dan merasai suasana di sini,” jelasnya.
Program Hero Remaja melibatkan 12 finalis dan akan dikuarantinkan hampir dua bulan bagi menjalani beberapa aktiviti.
Program tersebut akan bersiaran pada 27 Februari ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.
Sementara itu, Ain Edruce selaku host, manakala Scha Al-Yahya dan Datuk Hans Isaac merupakan juri tetap bagi program ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Ruhainies menerusi Instagram pada Isnin ada berkongsi beberapa momen bermakna saat dirinya meraikan ulang tahun kekasih hati yang dikenali sebagai Elf Johan dengan menaiki helikopter.
Pada masa sama, Ruhainies turut berkongsi foto dipercayai saat menikmati sesi makan malam romantis bersama.
Malah, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu turut berkongsikan foto sekitar menerusi Insta Stories.
“Happy Birthday to the man i love. Boo, may you have the happiest of all the birthday celebration in the world today. I love you up to the outer space and back.
“Wonderful Birthday to you my truest one love! You have done so many things, this year I wish that you will able to do tons of things again. You’re the best!,” tulis bintang Jejak Karmila ini sambil memberikan kredit.
Ruhainies yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah si dia kepada umum mulai menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan kira-kira sejak dua tahun lalu.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi kumpulan yang sering mendapat markah undian peminat tertinggi setiap minggu, Chubb-E menolak dakwaan peminat mengundi semata-mata berdasarkan rupa paras dalam program hiburan, Dansa Dan Sing.
Jelasnya, dia dan Zeppo Youngsterz tidak bersandarkan pada rupa semata.
Sebaliknya, setiap minggu setiap daripada ahli kumpulannya memberikan yang terbaik di atas pentas rancangan hiburan yang berteraskan tarian dan nyanyian itu.
“Syukur kerana peminat mengundi kami setiap minggu. Jika dikatakan mereka mengundi kerana kami comel, itu merupakan bonus.
“Namun saya yakin mereka mengundi kerana persembahan. Kami tidak kacak atau comel mana. Kami fokus memberikan persembahan terbaik.
“Sudah masuk minggu kelima, semua otot-otot saya sudah mula hidup kerana saya bukanlah penari. Saya boleh menari tapi bukan seorang penari,” jelasnya kepada MH.
Penyanyi berusia 20 tahun ini turut meluahkan kegusaran apabila menyentuh akan keputusan tiada penyingkiran bagi minggu kelima.
Walaupun rasa lega, namun dia tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya.
“Apabila tiada penyingkiran, saya lebih risau kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, berapa pula penyingkiran yang akan dilakukan. Tekanan semakin bertambah,” jelasnya.
Pada minggu kelima saingan, dia dan para penarinya memperoleh tempat pertama pada minggu kelima dengan jumlah markah 108.97 peratus.
Arja Lee terselamat daripada disingkir apabila mendapat jumlah markah terendah daripada undian online dan markah juri profesional dengan hanya mencatat 78.47 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.