Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.
Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.
“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun. Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.
“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.
Menyatakan penghargaan buat pengasuh anak-anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan bukan mudah mencari pengasuh yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas.
Ulasnya, ‘bibik tudung’ telah bersama dengan mereka sekeluarga selama enam tahun dan menjaga anaknya dengan kasih sayang.
“terima kasih bibik
“Ramai orang tanya kenapa sy syg bibik tudunng ni.. Sebenarnya sebab dia menjaga anak saya dengan iklas… dia kerja dah lama.. kalau tak silap dah hampir enam tahun lebih ..
“dekat rumah saya ada ramai pembantu rumah tukang kebun dan juga pengawal selamatan, chef..tapi nak cari orang yang iklas bukan senang kadang-kadang depan kita baik belakang kita jahat siapa ada pengalaman ngeri ada pembantu rumah sila komen du bawah,” jelasnya.
Berkongsi paparan mesej dari peminat bersama sekeping foto seorang wanita tua yang terlantar di katil hospital, difahamkan wanita tersebut merupakan peminat Uyaina Arshad dan sering mengikuti drama lakonannya di kaca televisyen.
Individu tersebut memohon agar pelakon ini membuat ucapan khas buat neneknya dan sanggup membayar perkhidmatan tersebut.
Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun berbesar hati mengirimkan ucapan khas di laman Instagram miliknya dan mendoakan agar wanita tersebut diberi kesembuhan.
Bintang versatil, Adibah Noor turut menitipkan kata atas pemergian rakan selebriti, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32.
Menerusi Instagram, ucapan serta perkongsian dari penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu nyata menjentik hati ramai.
“Akak ingat lagi dik..tatkala kau laungkan “gemok itu awesome”, ada orang terus offer diri untuk bantu kau “kurus dan sihat”. waktu itu, berlaku juga pertikaman hujah di antara yang terinspirasi oleh mu dan “pakar-pakar” kesihatan.. sedangkan kami lebih faham apa yang kau maksudkan.
“Kau sering diberikan task dalam rancangan2 lawak.. yang pasti menyusahkan utk kau bangun dari duduk/baring.. namun kau buat juga.. sebab kau tau.. itu akan menggeletek semua orang,” tulisnya.
Pada masa sama, Adibah turut menyifatkan arwah seorang yang berhati mulia dan Allah lebih menyayanginya.
“Kau berhati dan berjiwa mulia dik. kau terer. kau memang AWESOME. Tu sebab Allah sayang kau lebih daripada kami semua.
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai abam. Terima kasih Allah kerana meminjamkan insan ini buat kami melepaskan lelah, menghibur hati lantas lupa seketika segala belenggu, memberi inspirasi kepada kami melalui kerja dan ibadahnya.
“Kau ampunkanlah segala dosanya ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan para solihin ya Allah dan kurniakanlah kekuatan buat ahli keluarganya untuk menempuhi kehidupan tanpanya ya Allah. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak awal pagi Isnin. Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwininya pada 2017 serta seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Foto: Instagram TV3 Malaysia, Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!