Pelakon dan pelawak, Achey turut menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian pelumba motosikal drag, Hattem Rashdi, 22, yang terlibat dalam kemalangan di litar lumba ketika menyertai perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record di Pekan, Pahang kelmarin.

Menurut Achey, arwah Hattem merupakan seorang sangat peramah dan disenangi oleh semua pihak.

“Semoga kau tenang di sana dik. Seorang yang murah dengan senyuman. Rider drag kesayangan semua.

“Satu-satunya Hattem Rashdi,” tulis.

Dedikasi itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Hattem yang mewakili ESR Motor dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memandangkan keadaannya makin tenat.

IKLAN

Bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir 12 jam, Allahyarham Hattem telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, di sini jam 12 tengah hari.

Menurut ibu kepada Allahyarham Hattem, Muniroh Ahmad, hampir 3,000 orang menziarahi jenazah arwah termasuk pengikut akaun Tik Tok Hattem yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir.

Malah, menerusi beberapa video tular di media sosial, jenazah Hattem telah diusung sambil diiringi ribuan kenalan terdiri daripada keluarga dan sahabat handai sehingga ke tanah perkuburan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Sementara itu, insiden meragut nyawa itu nyata amat dikesali Kementerian Belia dan Sukan.

IKLAN

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Setiausaha (KSU) KBS, Dr K. Nagulendran berkata, penganjur kejohanan berkenaan harus bertanggungjawab atas insiden terbabit memandangkan perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

“Aktiviti hujung minggu lalu, kita sudah semak yang ia tidak mendapat kelulusan dan bukan program disokong KBS. Kita harap semua persatuan, kelab sukan menjalankan aktiviti dengan mendapat kelulusan daripada persatuan sukan masing-masing.

“Mereka juga perlu berdaftar dan mendapat kebenaran daripada PJS (Pesuruhjaya Sukan). Kami kesal insiden ini berlaku, penganjur harus bertanggungjawab, saya tidak rasa ia sesuatu yang betul apabila menganjurkan perlumbaan tanpa kelulusan dan langkah-langkah keselamatan.

“Selepas ini, pihak kami akan mengadakan perbincangan dan melakukan tindakan susulan dengan MAM. MAM juga perlu melakukan tindakan susulan dengan penganjur berhubung insiden berkenaan,” katanya seperti yang dipetik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey, Sinar FM, Era FM, Buletin TV3 & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI